Aku tak tahu apa yang buatkan aku setuju kahwin dengan dia.
Dan sekarang aku dalam perjalanan nak pergi jumpa nenda dia. OMG!
Ok...cool Rai.
Raihana menarik nafas. Entah kenapa dia rasa gementar hendak berjumpa dengan bakal nenek mentuanya. Ermm...asal macam pelik bunyinya?
Dia memandang sisi wajah Rayyan. Aku tak nafikan dia ni memang kacak, tapi untuk pengetahuan semua, aku bukan jenis yang senang terpengaruh dengan rupa.
"Encik, nenda encik garang tak?" Soal Raihana, memecahkan kesunyian antara mereka.
Rayyan yang sedang khusyuk memandu dengan segera memalingkan wajahnya ke arah Raihana. Senyuman masih setia meniti di bibirnya.
"Nenda garang dengan orang yang dia tak suka aje. And I know nenda akan suka kat awak macam mana saya suka kat awak."
Raihana menjulingkan matanya ke atas. "Encik suka kat saya?"
Rayyan baru perasan bahawa dia sudah terlepas cakap. Otaknya segera diperah untuk mencari jawapan yang munasabah untuk diberikan kepada Raihana.
"You still calling me Encik?" Soal Rayyan, mengubah topik perbualan mereka.
Raihana membetulkan tudung selendangnya sebelum fokusnya dikembalikan kepada Rayyan. "Encik, we are not married yet. Lagipun, encik tak jumpa dengan parents saya lagi."
Kenyataan dari Raihana menyebabkan dia baru tersedar. Aku lupa nak jumpa parents dia? Wrong move, man!
"Sorry Raihana..."
Raihana memandang Rayyan yang sedang memandu. "No need to be sorry. Perkahwinan ni atas dasar bisnes je kan?" Soal Raihana,inginkan kepastian. In facts, dia sendiri takut dengan jawapan yang bakal diberikan Rayyan.
Rayyan memicit batang hidungnya dengan sebelah tangan. Raihana hanya membuatkan masalahnya bertambah. Mahu sahaja dia menjerit,' tak Raihana! Saya kahwin dengan awak sebab saya dah lama sukakan awak. Permintaan klien tu hanya sebagai batu loncatan untuk saya dapatkan awak!'
Tetapi dia terlalu pengecut untuk seorang lelaki. Dia takut Raihana akan menjauhkan diri daripadanya setelah mendengar isi hatinya.
Dia lebih rela untuk menikmati waktu sesekejap ini bersama dengan Raihana daripada tidak berkesempatan langsung. Muktamad!
"Helo?" Raihana hairan melihat perubahan sikap Rayyan.
Rayyan menepuk kepalanya. "Sorry.. jauh sangat termenung tadi. Awak nak perkahwinan ni atas dasar apa?"
Raihana terdiam. Dia tidak pasti jawapan apa yang patut diberi. Akhirnya dia hanya menyandarkan kepalanya pada belakang seat. Matanya dipejamkan. "Encik...I'm so tired. Saya nak tidur sekejap."
Rayyan mengeluarkan keluhan halus. Dia tahu Raihana cuba lari daripada menjawab soalannya tetapi apa kurangnya dengan dia? Sama-sama lari dari soalan.
Sebelum Raihana terlena dalam mimpinya, Rayyan meneliti wajah mulus gadis itu.
"Sleep tight, Princess."
Raihana yang masih separuh sedar tersenyum di dalam hati.
Thank you...My Prince.
********************
Raihana meneliti rumah agam yang terpampang di hadapannya. Tetapi yang lebih menarik perhatiannya adalah dekorasi yang terdapat di dalam taman bunga di bahagian kanan garaj utama.
Raihana tersentak apabila ada satu tangan mencuit bahunya. Rayyan muncul di sebelahnya dengan membawa sebakul buah-buahan.
"Are you ready?" Soal Rayyan.
Raihana hanya mengangguk. Mereka berjalan menghampiri pintu utama sebelum loceng ditekan.
Buat kali yang entah ke berapa, Raihana memandang Rayyan meminta sokongan daripadanya.
Rayyan memberikan Raihana senyumannya. "Jangan risau... nenda tak makan gadis cantik macam awak."
Raihana tergelak kecil. Tawanya segera mati apabila pintu utama itu terbuka lalu menampakkan seorang wanita berumur.
Rayyan terus menyerbu wanita tersebut lalu memeluknya erat. "Nenda!"
Wanita berumur itu membalas pelukan Rayyan. "Rayyan, tak nak kenalkan nenda kat gadis lawa ni?"
Raihana membalas senyuman yang dilemparkan nenda. Tangannya dihulurkan untuk menyalam tangan wanita itu.
Rayyan hanya menggaru belakang lehernya. "Nenda kenalkan, ni Raihana
.....bakal isteri Rayyan. "Senyuman nenda makin melebar. "Oo... jemputlah masuk Raihana. Nanti kita borak kat dalam tau."
Raihana hanya mengangguk. Nenda melangkah ke dalam rumahnya,meninggalkan Rayyan dan Raihana di luar rumah.
"I think she likes you already." Ujar Rayyan. Senyuman tidak pernah meninggalkan bibirnya.
Raihana hanya menjulingkan matanya. "Uhuh...and I think you like me too ALREADY!" Raihana mengenyitkan sebelah matanya.
Rayyan ketawa kecil." Sejak bila dah pandai nak usik-usik ni ha?"
Raihana menepuk dahinya. "Encik punya pasallah, tengok! Saya dah terikut sekali." Raihana menjeling Rayyan yang sudah sedap gelak-ketawa.
"Oh yeah? Agaknya, kalau saya panggil awak sayang....awak akan terikut sekali tak?" Usik Rayyan.
"Encik, behave!" Jerit Raihana.
Rayyan ketawa dengan lebih kuat kali ini. Betapa dia suka melihat wajah Raihana ketika marah.
Raihana menjegilkan matanya. Dia ternampak sebuah pasu kosong terletak di bahagian paling hujung taman bunga. Kakinya laju melangkah ke arah pasu tersebut sebelum pasu itu diangkat dan dibawa ke tempat di mana Rayyan masih lagi bantai gelak.
Raihana melihat wajah Rayyan yang sedang ketawa kali terakhir sebelum pasu tersebut diletakkan di kepala Rayyan . Tawa Rayyan serta-merta mati apabila menyedari apa yang telah dilakukan Raihana.
Mukanya serta-merta bertukar masam. "Raihana,lebih baik awak lari sekarang. Saya tak rasa saya boleh kawal kemarahan saya sekarang ni."
Raihana tidak perlu diberitahu dua kali. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah agam tersebut. Setelah beberapa saat berlalu, teriakan Rayyan kedengaran.
"Raihana! You better hide now! Kalau saya jumpa awak, saya akan ikat awak kat pokok kelapa sampai tengah malam!"
Ugutan Rayyan membuatkan Raihana makin gelisah. Dia ternampak sebuah bilik kecil dan agak terselindung jadi dia membuat keputusan untuk bersembunyi di situ.
Badannya cepat-cepat diboloskan ke dalam bilik tersebut apabila dia terdengar derapan tapak kaki.
Tolonglah jangan kasi dia jumpa aku.
YOU ARE READING
Bakal Suami?
Teen FictionRayyan dan Raihana. Wow! Nama pun macam sweet jer an? Okey jadi ceritanya macam ni, aku pun terserempak dengan seorang mamat ni. Dahlah tak reti minta maaf pastu boleh pulak suka hati dia marah aku . Aku apa lagi, sound lah dia. Boleh pulak mamat t...