Khalid memandang cermin. Dikuisnya tahi mata yang berada dikelopak mata. Kemudian Khalid melemparkan senyuman, seakan bersemangat. Perancangannya untuk mengembara satu Malaysia akan dimulai pada hari ini.
" Aku yakin aku boleh !" Khalid memberi kata-kata semangat.
Khalid mula melangkah keluar dari rumahnya. Berkasut sukan sambil membawa beg yang besar mengembara bersama. Pengembaraan Khalid tidak menggunakan apa-apa kenderaan, beliau hanya berjalan kaki. Khalid memulakan perjalanannya.
" GEDEGANNNGGG !"
Khalid dirempuh Lori hantu Pak Mat. Kini Khalid berada di Hospital Besar Selayang.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...