Saifullazi seorang remaja kesunyian. Tiada siapa pun yang mengenalinya kecuali Aley, tukang sapu dari negara Bangladesh di sebuah supermarket.
Suatu hari dia terjumpa Nik Cempal di kedai Mek Cantik. Dia keseorangan di meja berdekatan sinki. Saifullazi ingin menegurnya dan ingin duduk satu meja dengannya. Kerana dia yakin Nik Cempal juga memerlukan kawan.
"apa khabar orang disana? " tegur Saifullazi sambil menarik kerusi didepan Nik Cempal.
" Ba.. Baaikk." Balas Nik Cempal. Dahinya berkerut.
" Aku paham perasaan kau. Aku pun tengah alami skrg ni. " Saifullazi membuka bicara.
Nik Cempal terpinga-pinga.
"aku boleh jadi kawan kau. " Saifullazi menghulur tangan mahu bersalam.
"Aku dah banyak kawan dekat twitter. Dekat 350k k. " Nik Cempal tidak menyambut salam.
"Kau yakin ke dalam twitter tu semua kawan kau? "
"Aku yakin sebab diorang retweet tweet aku. "
"Kenapa diorang retweet? Kau tweet apa? " Saifullazi inginkan kepastian.
"Aku banyak memaki orang. Perli, berkias, troll, sarcasm, membuat orang nampak bodoh dan yang paling utama tweet aku menampakkan aku orang yang paling bijak. Walaupun pmr aku ada lima failed." jawab Nik Cempal.
"Boleh aku menjadi macam kau? Sebab pmr aku pula 7 failed."
"Boleh. Buatlah acc twitter dan mulakan dengan gambar artis dan manipulasikan caption mereka dengan ayat kias kau. Pantang larang yang pertama ialah jangan kau sesekali memuji orang. Cari silap. Dari situ orang akan nampak kau cool. Cool gila. Kau taknak cool ?" Tangan Nik Cempal terangkat-angkat .
Sejak hari itu, Saifullazi selalu ke kedai Mek Cantik dan menunduk bermain telefon bersama Nik Cempal.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...