Benjamin mula risau. Adik bongsunya berumur 5 tahun nak lari rumah. Benjamin mendapatkan telefon, lalu call ayahnya yang berada di tempat kerja.
" Ayah, ayah balik ayah.. adik nak lari rumah ni haa, Ben dah tak tau dah nak halang macam mana ". Kata Benjamin.
" Kau jangan main-main Ben ". teriak ayahnya di telefon.
" Betul ayah, tu haa dia baru keluar bilik "
" Kau kunci pintu, jangan bagi dia keluar ".
" Tapi ayah..." putus panggilan telefon Benjamin. Ayahnya bergegas ke kereta. Keluar dari pejabat tanpa kebenaran dari pihak atasan. Beliau terus memecut pulang ke rumahnya. Anak bongsunya itu memang susah sikit nak dikawal.
5 minit kemudian, ayah Benjamin sampai di pintu. Lalu diketuk berkali-kali.
" Ben, bukak pintu Ben "
Benjamin membuka pintu
" mana adik ???! ". Tanya ayahnya.
Benjamin menjuirkan bibirnya ke arah adik bongsunya yang sedang lari satu rumah. Girang adiknya bermain lari-lari. Ayah Benjamin menarik nafas. Dihembus perlahan-lahan. Lalu ayahnya mem'backhand' pipi kanan Benjamin sebanyak 4 kali.
Benjamin disahkan bisu dan pekak selama lapan hari.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...