Asyik sungguh Riduan menonton cerita di laman YouTube. Beliau memakai earphone bagi tidak menganggu Mak Cik Bibah sedang memasak didapur. Takut Riduan jika dimarahi Mak Cik Bibah, rupanya yang menyeramkan dengan rambut yang serabai. Beliau selalu bercakap seorang diri. Walaupun perkara mistik itu sudah biasa bagi dirinya, Riduan masih merasa takut. Beliau memang seorang yang takut. Beliau pernah menonton sebuah cerita seram Thailand, dimana seorang lelaki diterjah satu lembaga dari dalam kolah mandi. Cerita seram Thailand tu membuatkan Riduan tidak mandi selama seminggu.
Mak Cik Bibah adalah mak sedara Riduan. Beliau dijemput Riduan untuk menghadiri makan malam kecil-kecilan di rumah keluarganya. Oleh itu, Mak Cik Bibah membawa sedikit lauk yang dimasaknya.
Hampir setengah jam juga Riduan menunggu di meja makan.Setelah siap masak, Mak Cik Bibah menyiapkan diri pula. Dalam masa yang sama, Riduan sakit perut. Mak Sedaranya pula sedang menggunakan bilik mandi, dimana tandasnya disekalikan.
" Guna jamban kat luar tu !". Mak Cik Bibah menjerit dari dalam bilik mandi.
Riduan ketakutan. Banyak kejadian yang berlaku di jamban tunggal di luar rumah Mak Cik Bibah itu. Perutnya memulas-mulas. Nak tak nak Riduan kena pergi juga. Baru sahaja melangkah keluar, Riduan terdengar suara. Halus sahaja suaranya. Seakan dua makhluk sedang berbual. Riduan pejam mata, meluru pantas ke jamban Mak Cik Bibah. Suara itu masih didengar Riduan. Terasa terbantut pula punggungnya untuk melepaskan 'barang'.
Dalam ketakutan, Riduan memikir seketika dimana datangnya bunyi suara itu. Jelas sungguh kedengaran di kedua telinganya.
Rupa-rupanya earphone yang dipakai Riduan masih lagi berada di telinga. Lega rasanya tidak diganggu makhluk halus. Riduan pun 'melepas' dengan tenang dan tersenyum.
Tidak lama kemudian, Riduan keluar dari jamban. Murung kelihatan di wajahnya. Perlahan sahaja perjalanannya memasuki rumah. Mak Cik Bibah perasan. Lalu menegur..
" Kau kenapa Riduan oi ?"
" Lupa nak tanggalkan seluar, Mak Cik Bibah. Belengas ni haa " Kata Riduan yang kesayuan.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...