Sudah 6 bulan Khalif Pujangga berkhidmat di kaunter bayaran di Tunas Manja berdekatan rumahnya. Beliau hanya berjalan kaki menuju ke tempat kerja setiap hari. Otot di betis Khalif Pujangga semakin membesar. Dia merasa bangga dengan prestasi betisnya. Ramai gadis-gadis di Tunas Manja tergila-gilakan betis padu nya itu. Sedang asyik membuat muka selenga, datang seorang tua hendak membuat bayaran.
" eh, kau Khalif, kenapa pakcik taktau kau kerja kat sini?", soal Pak Osman.
" err, mungkin pakcik takde wechat kot "
" ehh apa kena mengena pulak ?"
" yela, saya hari-hari post moment gambar selfie kat kaunter ni haa ", Jawab Khalif Pujangga. Pak Osman menghiraukan bualan Khalif Pujangga mengenai wechat malah terus mengeluarkan dompet untuk membayar sekotak ubat nyamuk dan gula sekampit. Dia orang tua, manalah tau bab laman sosial.
" ehh, kau tak sambung belajar ke Khalif?", soal Pak Osman sambil mencari duit di dompet.
" tak dapat tawaran belajar laa Pakcik, result spm saya tak bagus ", kata Khalif Pujangga.
" berapa result kau ?"
" result SPM saya sekeping je pakcik ", Khalif Pujangga ketawa kecil. Dengan gurauan itu Khalif Pujangga mengganggap Pakciknya akan ketawa. Namun lain pula yang berlaku. Pak Osman menghempas duit di kaunter dan terus berlalu pergi. Khalif Pujangga terpinga-pinga. Tiba-tiba Pak Osman berhenti di pintu masuk Tunas Manja dan menjerit..
" kalau hari-hari kau nak buat lawak bodoh, baik kau jadi menteri !!"
Khalif Pujangga tersenyum. Ada harapan untuk dia menjadi insan yang berguna untuk negara suatu hari nanti.
#deep
![](https://img.wattpad.com/cover/59701417-288-k368762.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...