Nur Kayla asyik membaca novel di katil. Telefon berbunyi, menandakan ada mesej sampai di aplikasi Whatsapp. Nur Kayla, anak perempuan Tok Bilal di masjid kampungnya, gembira. Nama Hamsor yang tertera di notifications. Hamsor adalah jantung hatinya. Romantik, caring dan pandai berlawak. Ciri-ciri itu membuatkan hati Nur Kayla terpaut kepada Hamsor.
Nur Kayla membuka mesej Hamsor.
Hai..
Ringkas tapi cukup padu bagi hati Nur Kayla. Nur Kayla melihat waktu di phone. Hari jumaat '1:40pm'. Waktu-waktu sebegini sepatutnya kaum adam ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Nama Hamsor juga tertera online dibawah. Hamsor tak sembahyang jumaat.
Kini Hamsor single.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...