Hamdani dan Ijat merayau-rayau didalam hutan. Atau dalam bahasa jawanya, Junggle trekking. Tiba-tiba, Hamdani sakit kepala. Dia menahan sakit kepalanya yang semakin kuat berdenyut.
" Aduh, sakit kepala ni. Kau ada panadol actifast tak? ", pinta Hamdani.
" Takda bro. Asal ni? ", Ijat melihat keadaan Hamdani.
" Sakit kepala la. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? ", Hamdani mengajuk iklan Panadol actifast.
" Okay macam ni. Kau pergi amik daun pegaga dekat pokok sana. Aku tahu macam mana nak ubatkan kau "
" Berapa helai? "
" Ambil dalam tiga setengah "
Kemudian, Hamdani menuju di sebatang pokok dan mengambil daun pegaga disebelahnya.
" Nah !", Hamdani memberi daun pegaga yang diminta Ijat.
" Okay, kau amik daun ni jual kat pekan sari sana. Bila dah dapat duit, kau pergi 7e beli panadol actifast ", kata Ijat selamba.
" Anda fikir saya ada masa untuk mendengar lawak bodoh? ", Hamdani melibas muka Ijat pakai daun pegaga.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...