" Kahkahkahkahkahakhakhakhak", Hamsor ketawa berdekah-dekah. Aney-aney dikedai mamak sedikit terganggu dengan gelak tawa ngilai Hamsor. Kerja mereka menjadi tidak sehaluan. Teh tarik yang sepatutnya dihidangkan di meja A7 dihantarnya ke meja J12. Teh o ais limau yang sepatutnya diisi limau nipis didalam, diisinya bawang putih. Kemudian, pelanggan yang mahu membayar roti canainya dikaunter, dibayarnya ke kedai Butik pakaian yang terletak berhadapan mamak. Senang cerita keadaan di kedai mamak menjadi kacau bilau dengan gelak tawa Hamsor yang seperti pontianak itu. Bijan hanya memerhati Hamsor dari tadi. Dia masih sentap kerana Hamsor mentertawakan namanya.
" Woi dah laa ", Bijan bersuara.
" Hahaha, aku tak boleh blah doh. Hahaha. Nama kau.. nama kau hahaha ", Hamsor masih tidak boleh mengawal gelak tawanya.
" Alaa, kau diam jela. Takda siapa tahu pun nama aku kalau diterbalikkan jadi apa ?", Bijan berbisik-bisik. Orang ramai berpaling muka ke meja mereka berdua.
" Ehhhh kau pun sama. Hahahaha!", Bijan bersuara lagi setelah dia terfikir satu benda.
" Apahal dengan aku ?", Hamsor berhenti ketawa.
" Nama kau kalau diterbalikkan lagi teruk, Hamsor hahaha. Patutlah kita berkawan rapat hahaha!", Bijan pula ketawa seperti orang yang tiada pedoman.
Hamsor mengambil henset dan mengeja namanya dari belakang. Kemudian, dia terdiam selama lima minit berlatar belakangkan gelak tawa Bijan. Kalau satu kedai mamak tahu apa yang mereka ketawakan, barangkali suasana disitu boleh jadi seperti final Maharaja Lawak Mega.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...