Kemusykilan Musiyikil

1.1K 78 26
                                    

Musiyikil orangnya hensem. Selalu menjadi rebutan gadis-gadis. Tetapi, Musiyikil tetap setia kepada yang satu iaitu Rozitas.

Rozitas ayu orangnya. Bersopan-santun dan juga pendiam. Adakalanya sakit juga hati Musiyikil kerana selalu tidak diendahkan apabila dia membuka bicara. Mungkin Rozitas terlalu menjaga aurat sehingga tidak pernah mendengar suaranya.

Dua bulan kemudian, mereka berpisah. Musiyikil tidak dapat bertahan dengan cara Rozitas.

Dua bulan kemudian lagi, Musiyikil baru mendapat tahu bahawa Rozitas seorang bisu. Dia mengeluh sendirian.

Namun begitu Musiyikil meneruskan kehidupannya. Perkara yang lepas tidak harus dikenang.

12 hari kemudian Musiyikil bertemu dengan gadis yang sangat jelita, Dina Sore. Mereka bercinta hampir dua bulan juga. Situasi Musiyikil apabila bersama Dina Sore sama sahaja seperti Rozitas. Juga seorang yang pendiam.

Satu bulan kemudian, Musiyikil baru tahu Dina Sore juga seorang bisu.

Musiyikil terasa hampa. Hari perpisahannya dengan Dina Sore adalah hari lahirnya. Agak sukar untuk dia menenangkan diri.

Malam itu di rumah Musiyikil, dia turun kebawah mendapatkan segelas minuman bersih. Mak dan ayahnya menghidangkan kek untuk anaknya. Musiyikil terharu. Tetapi sambutannya Agak hambar. Kerana keadaan seperti sunyi. Nyanyian lagu hari jadi sayup kedengaran.

Musiyikil masih terasa hampa sehinggalah dia menerima hadiah pemberian ayahnya.

Sebuah alat bantuan pendengaran. Musiyikil pun musykil.

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now