Awang sangat lapar. Beliau bangkit dari katil, terus ke dapur menyelongkar segala makanan yang ada. Awang pandai memasak, tetapi malangnya dia seorang yang pemalas. Malas untuk memasak. Masakan beliau yang paling berjaya sewaktu rajin ialah megi ayam disertakan telur didalamnya.
Awang terduduk seketika. Berfikir sejenak untuk mendapatkan makanan dengan cara mudah dan cepat. Lalu, beliau mendapat satu idea..
" Woi, bagi aku nasi ayam !". Awang berkata kepada penulis.
Nasi ayam terus terhidang dihadapan Awang. Disertakan sekali air Teh ais. Awang membaca doa makan dan menjamu selera.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...