" Kak, berapa harga sehelai kurta ini?"
" RM70 je dik. Ada promotion, beli 1 percuma 1 ", Bijan teruja dengan promotion Akak Kurta. Dia mengambil kurta berwarna maroon itu. Kemudian meminta plastik beg. Akak Kurta hairan dengan gelabah pelanggannya. Namun, dia tak hirau. Akak Kurta menghulurkan plastik beg permintaan Bijan itu dengan tenang.
" Ehh dik ! Dik ! Duitnya mana ?", Akak Kurta terjerit-jerit melihat Bijan yang deras beredar dari gerai kurtanya tanpa membuat bayaran.
" Duit apanya kak? Tadi kata ada promotion beli 1 percuma 1. Jadi, saya amik laa yang percuma ni", Bijan mengangkat sedikit beg plastik berisi Kurta maroon-nya.
" Punchline lama tu dik. Bak ahh !", Akak Kurta merampas beg plastik dan melibas lembut peha Bijan pakai hanger. Bijan pun merajuk.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
UmorismoKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...