" Aku bengang betul tengok anak kurang ajar dengan mak dia! ", Tasnem berang tiba-tiba. Nurul Ain terkejut kecil.
" kenapa ni Tasnem?"
" sampai hati dia tampar mak dia, dah la kat tempat awam ", Tasnem geram.
" kau nampak kat mana ?"
" tu haa kat depan, diorang ada lagi. Mak dia selak menangis "
Nurul Ain bangkit dari kerusi. Kemudian beliau keluar dari area dapur. Lalu melintas ruang tamu menuju ke pintu luar.
" ehh kau nak pergi mana ?", soal Tasnem mendapatkan Nurul Ain yang baru saja melangkah keluar dari rumah.
" aku nak pergi leraikan diorang laa", jawab Nurul Ain.
" bukan kat luar, tu haa kat tv ", Tasnem tunjuk ke arah televisyen yang sedang memaparkan rancangan sinetron.
Nurul Ain terus melangkah keluar. Mengambil jarak supaya dapat mengambil lajak. Kemudian Nurul Ain membuat larian pantas lalu mengangkat kedua-dua kaki. Gaya sepakan yang sebijik seperti Serizawa Tamao dalam cerita Crows Zero tepat mengenai Tasnem. Tasnem terpelanting ke dapur.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...