Sedih hati bagi seorang ibu melihat anaknya terbaring sakit di katil. Masuk hari ini dah 6 hari Si Kuncil terlantar sakit. Lalu Ibu Si Kuncil menghampiri di sisi katil. Mengusap-usap rambut anak terunanya itu. Ibu Si Kuncil menghulurkan ubat.
" Taknak mak taknak! taknak ubat!", Si Kuncil meronta-ronta.
" Kenapa, Nak ? makan lah ubat ni, engko dah tenat sangat dah ni?", Jelas Ibu Si Kuncil.
" Kuncil taknak mati Mak! "
" Ya Allah, siapa cakap kat kau kalau makan ubat mati, nak? siapa?", terkejut Ibu Si Kuncil.
" Kuncil dah tengok dengan mata Kuncil sendiri mak !"
" Bila masa kau tengok, Nak ?!"
" Mak sendiri bagi ubat kat nyamuk. Menggelupur nyamuk tu mati Mak! sampai hati mak nak buat perkara yang sama kat Kuncil Mak, Sampai hati!!", Si Kuncil menghentak-hentak katil.
" itu ubat nyamuk, bangang !!", Ibu Si Kuncil merejam pantas Si Kuncil dengan ubat yang sudah berada di tangan.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...