Hassan melabuhkan punggungnya. Ifa sudah lama menanti Hassan di bawah pokok ru. Akhirnya muncul jua. Suasana gelap gelita. Malam yang hanya ditemani cahaya bulan.
Romantik sungguh malam itu. Mereka berbual rancak. Gelak ketawa mereka memeriahkan tempat sunyi itu. Hassan mulakan perbuatan gatalnya. Dia memberi isyarat untuk mencium Ifa di bibir. Ifa terus mencium Hassan dengan rakus. Hassan merasa sungguh beruntung. dia berjumpa Ifa di People Nearby di dalam wechat. Mereka baru berkenalan selama dua hari. Tak sia-sia pencariannya. Tiba-tiba mereka ditegur dari belakang. Hassan mengecilkan matanya akibat silauan dari lampu suluh salah seorang pegawai Jabatan Agama Islam. Hassan mula risau. Dia ditangkap basah.
" Boleh saya minta ic awak berdua ?". Kata seorang pegawai berkopiah itu.
Hassan masih kerisauan, tetapi dihulurkan juga ic. Ifa juga menghulurkan ic. Ifa menenangkan Hassan.
" Awak jangan risau, takda apa-apa yang akan berlaku punya ". Suara Ifa kedengaran tersangkut-sangkut. Mungkin dia merasa risau juga.
" Mohd Hassan Bin Jalal ?". Tanya seorang pegawai.
" ya, saya ". Hassan menjawab
" Ahmad Fadli Syamsul Bin Kamaruddin ?".
" Ya saya ". Ifa turut menyahut.
Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam pulangkan IC dan beredar cepat-cepat.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...