Tempat Berhantu Yang Membuat Mereka Berasa Seram

1.9K 91 14
                                    

" Sakit perut dohh ", rengek Kassim. Sebelah tangan memegang stereng, sebelah lagi mengusap perut.

" Itulah nak makan tempat hipster lagi, aku ajak makan kat kedai biasa tak hendak. Nasib baik aku minum je", bebel Kushairi. Kemudian, Kassim pecut setelah signboard Shell kelihatan dari jarak 1km.

" Haa tu dia !", Kassim bersedia untuk membelok.

" Wou rilek! Rilek! Signal tu jangan lupa bagi ", Kushairi mengingatkan Kassim. Kassim terus memakir keretanya berhadapan kawasan tandas. Suasana sunyi gelap gelita pada pukul 1 pagi ni membuat Kushairi mula berasa seram.

" Wehh cepat sikit !", teriak Kushairi kepada Kassim yang bergegas ke tandas. Kini Kushairi keseorangan. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Tanpa diduga, Kushairi terkejut melihat kelibat seorang perempuan yang sedang senyum melihatnya dari jauh. Kushairi rasa nak menjerit tapi tak terkeluar. Kelibat perempuan itu masih mengukirkan senyuman kepada Kushairi. Dia cuba untuk bertenang dan berharap Kassim melangsaikan segala urusannya di tandas secepat mungkin. Nak ikutkan hati dia mahu melarikan diri meninggalkan Kassim. Tapi Kushairi tak pandai bawak kereta.

Lembaga perempuan itu masih lagi tersenyum. Paras rupanya comel walaupun kedudukannya berada di pam minyak. Kushairi cuba untuk berfikir positif, mungkin lembaga perempuan itu mahu membantu. Sebab kat tangannya memegang sebotol air mineral. Gayanya seakan mahu memberi membuat Kushairi tenang seketika.

Tiba-tiba Kassim keluar tergesa-gesa. Dia berlari sepantas mungkin menuju ke kereta. Kemudian terus ke bahagian memandu.

" Kita blah !! Kita blah !! ", Kassim berpeluh-peluh. Habis seluruh badannya menggigil.

" Ahhh okey! Okey! ", Kushairi begitu setuju. Dia pun tak sanggup diganggu lembaga perempuan yang mahu memberi air.

" Kerassss!! Tempat ni kerasss!! ", Kassim teriak lagi. Dia menekan pedal sekuat mungkin. Kushairi tersandar kebelakang. Dia berasa gerun. Kassim memandu melintasi lembaga perempuan itu.

" Alamak, makin dekat.... ", kushairi takut tapi dia tetap melihat lembaga perempuan itu.

" Kau pehal? ", tanya Kassim.

" Tu!! Hantu bagi airrr !!! ", Kushairi menunding jari kearah lembaga perempuan.

" Itu gambar jela bodoh! Signboard perempuan bagi air! Kita kan kat Shell sekarang !", jawab Kassim walaupun masih belum hilang traumanya.

" Ohh yeke.. aduh nasib baik. Ni kau pehal lari keluar ?", soal Kushairi sambil menarik nafas lega.

" Kita kena blah dari shell ni. Berhantu! Tandas dia berhantu! "

" Betul ke? Kenapa? Apa yang ganggu kau"

" Kerasss!! Kerass!! "

" Iyaa apa diaaaa ???"

" Puaka tempat ni !! Puaka!!! "

" Ya Allah, Muhammad Kassim Hoilan!!! Bagitau aku apa dia yang berhantu ?? ", Kushairi hilang sabar.

" Aku.. aku berak tadi "

" Ahaa okay. Lepastu ?", Kushairi curious. Tapi gayanya tenang tak mahu memaksa rakannya untuk menceritakan kembali peristiwa di tandas tadi.

" Niat aku nak berak je. Lepas tu aku berak laa. Tapi.. tapi "

" Tapi apa? Tapi apa Kass ?"

" Tapi aku terkencing sekali !! "

" KEPALA PERIA PUNYA KAWAN ! "

" KEPALA PERIA PUNYA KAWAN ! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now