Tersenyum Cik Aida melihat pekerja kesayangannya datang awal hari ini. Direnungnya Aiman Sulaiman yang sedang melakukan persiapan diri untuk mula melakukan tugas di kaunter. Beliau bekerja di KFC. hampir 5 bulan beliau berkhidmat di tempat kerjanya. Baru sahaja menghampiri kaunternya, Aiman Sulaiman didatangi seorang pelanggan lelaki.
" Selamat datang apa pesanan encik ?". Aiman Sulaiman memberi layanan yang baik.
" Hidup ni hanya sekali, jangan lupa solat ". Kata pelanggan itu sambil tersengih.
" Itu sahaja ? ada nak tambah apa-apa lagi ? ". Aiman Sulaiman berselamba.
" err, tak kelakar ke ?"
" tak encik, nak tambah fries tak ?". Aiman meneruskan layanannya.
Pelanggan lelaki sebak.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...