Helmi dan Khai duduk seketika sementara menunggu keretanya siap dicuci. Helmi mendapat berita kawannya dilanggar lori semalam. Sebagai kawan sekampung mereka bergerak ke Hospital Selayang melawat kawannya. Khai cuba meminta password WiFi daripada Abang Mansur, tauke carwash.
" Bang, mintak password WiFi kedai ni ". Tanya Khai
" Takda ". Jawab Abang Mansur.
" okey thank you "
Khai terus menaip 'takda' di password WiFi. Helmi hanya mengikut kawannya.
" Eh takda pun bang Mansur "
" aku cakap takda tu takda la "
" takda dengan ejaan A ke E kat belakang ?". Khai bertanya lagi.
" 'Takda' ke 'takde' ?". Helmi menyelit
" Bukan password WiFi yang takda, WiFi-WiFi sekali takda, bodoh !! ". Tengking abang Mansur.
Jarang sungguh Abang Mansur berbicara kata dengan manusia bangang ini. Terguling-guling Abang Mansur menangis di lantai mengenang peristiwa yang sedang terjadi ini.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...