Kaila Kekasih Baru Ahmid Brasya

697 46 1
                                    

Ahmid Brasya atau nama penuhnya Shahirul Mohamad bin Hasaan B ialah seorang remaja yang dikenali ramai kerana kebijaksanaannya. Dia mempunyai ramai kawan. Tetapi tidak ramai kekasih. Dia terlalu mementingkan kebijaksanaan berbanding rupa. Kebanyakan gadis yang dijumpainya hanya berupa dan tidak berakal mana.

Tetapi kali ini dia mempercayakan Kaila. Seorang gadis biasa-biasa. Dari anak matanya jelas terpancar mempunyai minda yang cerdas. Ahmid Brasya tahu Kaila adalah satu-satunya.

Suatu hari mereka bertemujanji di tebing tinggi yang membawa pandangan mereka luas ke lautan dan ombak yang menghempas tebing.

"Biy, nak tanya skit leh?" Kaila bersuara sambil memandang laut. Wajahnya seperti memikirkan sesuatu.

"Apa dia sayang?" Jawab Ahmid Brasya.

"Hari ni brpe ari bulan eak?"

"Semalam berapa haribulan?" Soal Ahmid Brasya. Memang menjadi amalannya mengajar orang sekeliling menggunakan minda sendiri selain menadah jawapan saja.

"Mmmm.. Ntah" Jawab Kaila dengan pantas.

"Cuba tengok kalender. Semalam berapa haribulan?"

Kaila membuka telefonnya lalu diketik kalendar.

"19 !" Jawab Kaila riang. Telefonnya terus ditutup.

"Haa.. Okay.. So, hari ni berapa haribulan?" Tanya Ahmid Brasya lagi.

Kaila terdiam. Dia terpinga-pinga didepan kekasihnya.

"Hari ni berapa haribulan?" Nada Ahmid Brasya sedikit tegas.

"Xtaw.."

"Berapa?"

"Alaa Biy.. Xtaw.. Berapa?? Xtaw...." Kaila menunjal-nunjal kaki Ahmid Brasya.

Genap satu bulan, Ahmid Brasya memutuskan hubungan dengan Kaila. Tebing itu dijadikan tempat dia membuang air kecil saja.

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now