Alaina Nasir

4.3K 179 20
                                    

Alaina Nasir bangkit dari tidurnya. Beliau duduk bersila seketika di atas katil. Selimut putihnya masih lagi menutupi tubuh. Jari-jarinya asyik menggentel bantal. Alaina Nasir seorang gadis yang memang suka menggentel. Pantang nampak benda yang terjuntai, pasti digentelnya. Comel sungguh Alaina Nasir ini.

Dicapainya tuala yang tergantung di tombol pintu. Lalu membuka langkah terus ke bilik air. Alaina Nasir memandang seketika wajahnya di cermin yang terletak didalam bilik air itu. Kemudian beliau menanggalkan baju tidurnya yang nipis berwarna biru muda itu. Lalu..

" hey, part mandi ni tak payah cerita la !! ". Alaina Nasir menengking kepada penulis.

" Kk sorry ". Jawab penulis.

Dipendekkan cerita, Alaina Nasir sampai di tempat kerjanya. Biasa-biasa sahaja kerjanya, hanyalah pelayan di gerai makan Mak Leha. Cerita ini bermula sewaktu seorang pelanggan datang ke gerai Mak Leha. Seorang remaja lelaki bernama Zain melabuhkan punggungnya di kerusi. Lalu dilayan oleh Alaina Nasir. Alaina Nasir menjadi tidak keruan melihat Zain. Bukan rupanya tetapi dibawah. Alaina Nasir tertarik sungguh untuk menggentel Kad Pelajar yang dipakai di leher Zain itu.

Namun Alaina Nasir terpaksa bertahan lalu mengambil pesanan. Tangannya sudah bersedia untuk mengambil pesanan jejaka yang memakai kad pelajar di leher itu.

" Air buah ada tak ?"

" ada "

" Buah apa yang ada ?"

" Mak Leha ! air buah apa yang ada ?" Alaina Nasir menjerit ke dapur bertanyakan soalan kepada Mak Leha yang sedang mengesat air matanya.

" kejap ye ". Sahut Mak Leha.

Lalu Mak Leha menyenaraikan satu persatu buah yang ada di dapurnya itu. Habis bersepah dapur Mak Leha, mencari buah dimana Alaina Nasir tidak menyimpan setempat buah-buah yang dibeli malah beliau letak merata-rata. Bagi menampakkan kontra katanya.

" Semua buah ada" Kata Alaina Nasir.

" Ok, bagi saya Teh o Ais Limau " Pinta Zain.

Mak Leha terasa sebak didada. Pencariannya sia-sia belaka. Apalah nasib, sudahlah dicuri ikan gorengnya. Kini, diperalat pula dengan pelanggan. Alaina Nasir mengetam bibirnya dan meneruskan pandangannya ke kad pelajar.

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now