Encik Basyir dan Puan Nirmala hanya memerhati Ainur Zulaika Basyir berbaring di sofa. Terkerut-kerut dahi anak perempuan mereka bermain telefon bimbit. Ainur Zulaika Basyir sedang whatsapp kekasih hatinya, Bedu. Bedu kacak orangnya. Menjadi rebutan gadis-gadis di Politeknik, tempat belajar Ainur Zulaika Basyir.
Bedu hanya menganggap Ainur Zulaika Basyir sebagai kawan rapat, tetapi tidak pula bagi Ainur. Beliau mahu menjadikan Bedu lebih kepada seorang kawan. Itu lah yang menyebabkan dahinya berkerut, Ainur ingin menyatakan niat beliau di laman sosial Whatsapp
Hai, Bedu buat apa tu ?
Ainur Zulaika Basyir memulakan bicara di whatsapp.
Tiada apa-apa respon. Ainur tak puas hati, beliau meneruskan niatnya.
Mintak maaf lah kalau Ainur menganggu. Sejak kali pertama Ainur nampak Bedu, hati Ainur rasa semacam. Ainur rasa tenang bila lihat wajah Bedu. Ainur minat dengan gaya Bedu.
Bedu
I love you, Bedu
* Bluetick *
Ainur Zulaika Basyir hanya mendapat bluetick. Beliau mengadu kejadian ini kepada ibu bapanya. Encik Basyir dan Puan Nirmala berhuhu sampai tibanya waktu asar.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...