Di tepi bangunan lima tujuh tingkat, terdapat sebuah gerai kecil. Jack Romeo pun singgah..
" Pakcik, baju Police saiz S ada tak kat sini ?", tanya Jack Romeo.
" Nak, pakcik ni jual pisang goreng dengan keropok je ", jawab Pak Din Hamizawa.
" Ouh yeke? Emm bagi saya pisang goreng dua ringgit laa kalau macam tu ", pinta Jack Romeo. Kemudian, Pak Din mengisi pisang goreng ke dalam beg plastik kecil menggunakan penyepit.
" Okay siap ", Pak Din menghulur bungkusan pisang goreng.
" Berapa semua sekali? "
" Semua sekali RM14 "
" Uishh mahalnya pakcik. Bukan ke saya mintak dua ringgit tadi?"
" HAAA TAU PUN ! Dah tu kenapa tanya lagi jilake ! Small-small don't want die, big-big problem people ! ", Pak Din mengamuk. Jack Romeo meletakkan dua ringgit di meja dan merampas bungkusan pisang goreng lalu berlari meninggalkan Pak Din yang membuat huru hara di gerainya.
P/s : Watak Pak Din akan muncul di cerita Al kisah di sebuah Kolej nanti.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...