Amzir Membantu Sahabatnya

1.2K 60 5
                                    

Amzir tiada mood hari ini. Segala kerja yang dilakukan dipejabat tadi dihempas-hempasnya. Ini semua angkara Khalif Pujangga. Kerana dia membawa makanan luar, Amzir pula yang dimarahi bos.

Tetapi Amzir bersifat profesional. Oleh kerana Khalif Pujangga itu dari satu kampung, Amzir hanya memendam rasa geramnya.

Petang itu sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Amzir ditelefon Khalif Pujangga.

Amzir memperlahankan motor dan memarkir di tepian jalan raya. Selepas itu dia mengambil telefon di raga motor dan menerima panggilan Khalif Pujangga.

"Zir, motor aku habis minyak ni. Tolong tunda" Teriak Khalif Pujangga.

"Haa okay! okay! kau tersadai dekat mana tu? " Amzir bersedia untuk membantu sahabatnya. Dia cuba menghilangkan perasaan geramnya yang tadi. Nak diikutkan hati hitamnya, dia biarkan saja Khalif Pujannga dalam kesusahan sebagai balasan kejadian di pejabat tadi.

Tetapi nilai persahabatan menghalang Azmir berbuat begitu.

"Aku sekarang betul-betul depan stesen minyak Petronas Kampung Lapan ni haa. Cepat sikit! panas doh"

Amzir menongkat motor dan berguling-guling di tepian jalan tanpa menghiraukan orang lalu-lalang. Sesekali itu dia menjerit-jerit.

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now