Peristiwa ini berlaku di Kuantan
" Jid, nampak tak staff wayang tu tolak troli? ", soal Hamidun sambil menunding ke arah seorang staff panggung wayang sedang membuat kerja.
" Nampak. Kenapa? ", Jid menyoal kembali. Dia mula perbetulkan kedudukan badan bersedia untuk berbual.
" Dalam troli tu ada tiga barang. Tiga guni biji jagung, satu tong minyak dan dua kotak serbuk pemanis. Dalam banyak barang-barang kat situ mana yang paling berat ?"
" Emmmmm ", Jid berfikir.
" Dapat tak? Surrender jela ", Hamidun tak sabar nak bagi jawapan.
" Belum! Belum! Aku memang pantang kalau orang bagi soalan mencabar ni "
" Alaa, mengalah jela "
" Ahh takda! Bagi aku masa"
Tujuh hari kemudian..
" Haa, dah dapat belum jawapannya? ", soal Hamidun sambil menepuk belakang Jid.
" Tak dapat la bro. Susah siot. Apa jawapan dia?"
" Barang paling berat ialah troli tu sebab dia angkat semua barang yang ada. Hehe nice kan ?"
Kini Majid memulakan hidup barunya di Bandar Ipoh. Dia juga kini lebih cekap memilih kawan.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...