Bantuan Tok Bomoh Saidun Tiada Tolok Bandingnya

2.1K 81 4
                                    

Banyak bantuan Tok Bomoh Saidun membuat Salleh terhutang budi. Bantuan yang paling berharga bagi Salleh ialah dapat mengahwini perempuan idamannya, Bahsina. Dan kini isterinya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki.

Cerita ini berlaku sekitar tahun 1994, dimana masa itu Salleh begitu kalut mendapatkan Tok Bomoh Saidun sebaik saja menyambut kelahiran anak pertama. Sampai saja di kawasan hutan rimba, Salleh menerokai hutan itu dengan beberapa ayat yang diajar Tok Bomoh Saidun supaya senang mencari beliau.

Salleh bersyukur dengan ketiadaan hujan dan kilat sambung menyambung membuat dia mudah mencari Tok Bomoh Saidun kali ni. Seorang tua yang berjanggut lebat beruban sampai ke perut menanti dengan bersila di atas sebuah batu yang agak besar. Batu itu lebih kurang setinggi Salleh, membuat Salleh mendongak dalam keadaan mengah.

" Tok, saya ada benda nak bagitau. Isteri sa.."

" Diam ! Aku tahu hajat kau! Kau tak perlu bercerita kepada aku ", teriak Tok Bomoh Saidun. Nadanya yang sedikit tinggi itu menyakinkan Salleh. Kemudian, Salleh pun berdiam selama tiga minit.

" Kau pehal diam woi ?", teriak Tok Bomoh Saidun lagi.

" Tadi tok cakap dah tau semua hajat saya datang kemari. Jadi buat apa saya nak bercakap lagi. Lagipun tok suruh diam kan ", balas Salleh seperti lupa ilmu terkuat yang dimiliki Tok Bomoh Saidun yang mampu membinasakan sesiapa saja yang membuat dia terasa hati.

" Kalau aku je yang bercakap, baik penulis tak payah isi watak kau ! Buang masa dia je. Sudaahhh ! Berani kau berloya buruk dengan aku. Sekarang bagitahu aku apa hajat kau ?", tanya Tok Bomoh Saidun.

" Laa tok ni. Tadi cakap dah tau hajat saya "

" Peeerggggiii kauu ! Peergii ! Jangan ganggu akuuu ! Argggghhh ", Tok Bomoh Saidun seperti berlawan sesuatu. Habis segala silat dipersembahkan. Tak padan dengan tua, setiap penamat langkah silat pasti dia sertakan back flip.

" Uishh tok kenapa? Mahkluk mana tu?", Salleh kagum melihat Tok Bomoh Saidun berlawan.

" Cis, mahkluk ni dah lama berdendam dengan aku. Hehhhh hari ni hari kau. Lepas ni kau takkan berjaya melarikan diri dari aku lagi ", Tok Bomoh Saidun seperti memberi amaran kepada mahkluk itu. Entah ada ke tidak. Dia kelihatan penat. Kemudian, kembali duduk bersila diatas batu besar itu. Salleh juga duduk bersila ditanah setelah diarah Tok Bomoh Saidun. Kemudian, tok bomoh mencampak satu tin air chrysanthemum kepada Salleh.

" Minum dulu. Lepastu bagitau hajat kau cepat. Makhluk tu dah ganggu deria aku. Jadi agak sukar untuk aku mengetahui hajat kau ", pinta Tok Bomoh Saidun dia meneguk air chrysanthemum dengan rakus.

" Err okay tok. Err isteri saya Bah tu dah beranak tok, anak lelaki "

" Alhamdulillah, tahniah Salleh. Tahniah "

" Err terima kasih tok. Sekarang saya nak tau nama apa yang paling sesuai untuk saya letak pada anak sulung saya ni ?", jelas Salleh.

" Harus ke kau meminta nama daripada aku?", Tok Bomoh Saidun seperti keliru.

" Macam ni tok. Sejak kali pertama saya memegang anak saya yang baru keluar dari perut isteri saya tu, saya dapat rasa sesuatu keajaiban akan berlaku dan mengubah kehidupan kami. Jadi saya ingin sekali meminta bantuan tok. Demi masa depan kami sekeluarga ", Terang Salleh seperti begitu mengharapkan Tok Bomoh Saidun. Selepas itu, keadaan menjadi senyap seketika. Tok Bomoh Saidun seperti meminta bantuan di alam mistik berkenaan nama yang sesuai untuk diletakkan pada anak lelaki Salleh ini.

" Baiklah Salleh. Aku dah dapat nama apa yang sesuai untuk anak kau ", kata Tok Bomoh Saidun.

" Apa tok? Apa?", Salleh begitu teruja.

" Mazlan !!!!", teriak Tok Bomoh Saidun. Sebaik saja dia menyebut nama tu, angin kencang muncul memukul dedaunan yang berada dipokok.

" Wahhh, Mazlan? Betul ni tok", Salleh masih lagi teruja. Kali ni dia bertambah teruja dengan effect angin tadi.

" Yep, exactly !", jawab Tok Bomoh Saidun sambil meneguk titikan terakhir air tin chrysanthemum.

" Terima kasih tok "

" Sama-sama. Kau boleh balik. Nanti aku datang rumah kau kita sembang pasal pengeras"

" Sebelum tu boleh tak saya tanya tok, kenapa tok bagi nama Mazlan?", soal Salleh. Dia tertanya-tanya sejak Tok Bomoh Saidun menyebut nama yang tak begitu jarang didengar.

" Ada satu sebab.. "

" Apa dia tok? Apa sebab dia?",

" Aku harap kau boleh menerima "

" Apa dia tok?? Jangan buat saya tertanya-tanya macam ni!", Salleh begitu resah ingin tahu apakah punca Tok Bomoh Saidun memberi nama Mazlan.

" Aku memberi nama Mazlan adalah kerana anak kau itu....", Tok Bomoh Saidun membuat Salleh bagai tak keruan menanti puncanya. Dalam keadaan berdiri itu, Tok Bomoh Saidun seperti mendengar suara-suara halus.

" Kenapa tok???? Kenapa dengan anak sayaaa ??", Salleh mahu menangis. Apakah anak dia membawa bencana di masa depan nanti. Dalan keadaan seperti menelek masa hadapan, Tok Bomoh Saidun menyambung semula ucapannya.

" Aku memberi nama Mazlan kerana anak kau itu adalah seorang LELAKI !! ", Kini hujan turun. Kilat sambung menyambung sebaik sahaja Tok Bomoh Saidun menghabiskan ayatnya.

" Jimbet, punya tok !!!! ", Salleh merejam Tok Bomoh Saidun pakai tin chrysanthemum yang kosong.

P/S: Anak Salleh iaitu Mazlan muncul di sebuah cerita. Ikuti kesinabungan cerita anak Salleh di " PACITA ".

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now