Shamrin Anti-Kpop

3.3K 157 23
                                    

" Kau jangan berkawan dengan aku !". Tengking Shamrin kepada kawan lamanya, Opie. Opie baik orangnya. Beliau berkawan dengan Shamrin sejak kecil lagi. Selalu bermain bersama, ke sekolah bersama-sama. Tetapi, persahabatan mereka kini musnah setelah Shamrin ternampak Opie memakai sehelai tshirt yang tertulis 'Taeyang' di bahagian dada.

" Aku.. aku.. aku tak... tak.. takde baju masa tu ". Tergagap-gagap mulut Opie memberi keterangan.

Shamrin berlalu pergi. Meninggalkan Opie yang sedang sebak.

Dua bulan kemudian..

Shamrin menjemput Opie ke majlis harijadinya. Janggal rasanya tiada sahabat karib disisi jika beliau mengadakan majlis sebegini. Suasana di rumah Shamrin meriah. Dihiasi dengan belon-belon. Dinding dilekatkan ucapan selamat harijadi. Beraneka makanan dihidangkan dimeja. Dan tidak lupa, kek tiramisu kek harijadi Shamrin yang terletak betul-betul dihadapan beliau. Baru sahaja ingin meniup lilin pada kek hari jadinya, Suzaira Manan kekasih kepada Shamrin ingin membuat satu kejutan.

" Nah, tengok ni ! cantik tak hadiah awak ni !". Suzaira Manan menunjukkan dua helai baju. Satu tertulis 'I LOVE TAEYANG' dan satu lagi 'SUPER JUNIOR' . Shamrin tersentak. Bengang sungguh muka beliau mendapat hadiah sebegitu rupa. Opie cuba mendapatkan tangan Shamrin, takut kalau-kalau dia bertindak liar lalu memusnahkan majlisnya.

" Kenapa cayang ?". Suzaira Manan bertanya setelah melihat Shamrin. Suasana menjadi sunyi seketika. Menanti sahaja kata-kata makian yang akan dikeluarkan Shamrin. Shamrin menarik nafas lalu berkata..

" Sangat cantik sayang. Biy janji biy akan pakai hari-hari baju yang sayang bagi tu ". Shamrin memberi senyuman. Para tetamu bersorak gembira. Shamrin meneruskan senyumannya itu sambil membelek-belek baju yang dihadiahkannya. Opie segera menarik nafas panjang. Diangkat tangan kanannya, lalu menghayun dari belakang.

Kini wajah Shamrin selamat mendarat di Kek Tiramisu, Kek hari jadinya

Cerita Tak PanjangWhere stories live. Discover now