Tersenyum Shamil setiap kali Fatin lalu di hadapan kelasnya. Wajah Fatin yang menyerupai wajah Juliana Evans itu menjadi idaman Shamil. Shamil memasang niat untuk menegur Fatin sewaktu break nanti.
" Break kemana kita harini ?" Zain bertanya kepada Shamil yang asyik mengelamun.
" Aku ada hal " selamba sahaja jawapan Shamil.
Kini tiba waktunya. Shamil mengekori Fatin ke kedai makan. Shamil menghampiri Fatin lalu menegur.
" Hai ". Shamil menyapa.
" Hai ". Fatin membalas sambil disertakan senyuman.
Shamil terkesima, gadis ini tiada gigi dihadapan. Shamil membungkus ikan goreng dan berlalu pergi dengan pantas.
Mak Leha, tuan punya kedai itu menangis melihat perbuatan Shamil.
YOU ARE READING
Cerita Tak Panjang
HumorKoleksi cerita pendek kepada yang malas nak membaca cerita-cerita panjang. Buku ini akan di-update apabila penulis mendapat idea sahaja. Penulis mempunyai rekod yang bersih dan tidak mengunakan ganja dan juga barang bahaya yang lain untuk mendapatk...