Suara

985 63 5
                                    

"Aina, kita balik kampung tau hujung minggu ni. Bangun awal tau and start pack barang sekarang." Kedengaran suara mak memecah masuk earphone ku.

"Ye mak." Arghh, kampung. Tempat kedua paling aku benci dalam dunia ni. But, yeah siapa berani lawan cakap mak, tak cium bau syurga kang.

Tapi, syukur aku kerana ada mp3 yang mempunyai lebih 500 lagu ni. Lagu melayu, omputih, k pop, sebut jer semua ada. Tak perlu lah aku dengar nenek ker atuk berleter tentang zaman silam diorang.

Hari sabtu pon tiba, sekejap jer rasa. Aku berjaya download 50 lagu lagi dalam mp3 aku. Hooray, cukup bekalan aku untuk dua hari satu malam kat kampung tuh.

Kampung, as usual, stench dia, nyamuk nya, panas nya, macam neraka dah. Pakej lengkap. So, lepas ni sapa nak rasa duk kat dalam neraka, meh datang kampung aku.

Hari pertama di kampung, telinga ku melekat dengan mp3. Aku duk sorang2. Tak nak aku duduk dekat2 dengan tuk atau nenek. Nanti mula la berleter.

Aku menyanyi-nyanyi sikit mengikut lagu Taylor Swift, Out Of The Woods. Sedih jugak lagu ni bila dihayati sepenuh hati.

"Aina." Suara nenek memecahkan rentak lagu Taylor Swift.

Dah mula dah. Aku kena layan orang tua ni sekarang ke? "Ye nek."

"Mai sini sat, nek ada benda nak bitau kat hang ni."

Dengan berat hati dan berat kaki nya, aku mula mengatur langkah ke arah nenek kat depan tv tuh.

Thank God atuk takde sebelah dia, kalau tak mula la membebel tentang orang muda la, orang dulu la.

I was like, 'tuk, benda dah lepas tinggal jer lah. Terima jer lah arus pemodenan.' Kalau lah aku cakap camtu, agak2 kena apa ngan atuk? Mak kata atuk dulu seorang yang garang. Hurmm. Tak berani aku cuba.

"Sedap suara Aina menyanyi lagu omputih tadi."

*blushing ...

"Takde lah sedap mana nek. Hehe." Senyum meleret ke telinga. Huhu. Ni first time nenek puji aku. Ouh terasa membara muka ni.

"Sedap juga lah tu. Cuma, nenek nak pesan ni, malam2 jangan nyanyi2 tau." Wajah nenek serius.

"Ok, nek."

********
Malam tu aku tak dapat tido. Yeah, of course. Manusia mana dapat tido dengan nyamuk dan kepanasan melampau ni?

So, sebagai pengelak kebosanan, aku mendengar lah mp3 aku.

Mula2 hum jer. Then, entah camne, aku ternyanyi sekali.

Aku menyanyi pelan2, tak nak ganggu nenek ke atuk ke parents ke.

Sampai satu tahap tuh, bateri mp3 aku habis. Shit. Tersangkut tengah2 lagu ulek mayang.

Yes, ulek mayang. Salah satu lagu melayu klasik yang aku sangat2 minat.

Rentak dia berbeza dengan lagu2 melayu lain. That's why I like it so much.

Ku cabut lah earphone aku dan cuba melelapkan mata.

Tapi,

Ada suara halus, menyanyi.

Aku terus terduduk. Suara siapa tuh? Nenek tengah tido. Mak pon tido sebelah aku. Suara tadi halus, tak mungkin lelaki.

Aku menggeleng-geleng kepala. Dengar lagu ulek mayang lama sangat kut, fikirku.

"Ulek, mayang di ulek,
Ulek dengan jala, jemala, 
Umbok, mayang di umbok,
Umbok dengan puteri yang satu."

Bulat mata aku. Suara siapa tu? Sumpah aku dengar suara perempuan nyanyi lagu ulek mayang.

Aku stay still. Tak nak gerak. Hoping yang semua ni cuma nightmare.

"Aina. Aina tak nyanyi sekali dengan puteri kah? Seperti tadi? Jom lah nyanyi sekali."

Shit.

PesananWhere stories live. Discover now