Kotak

494 31 2
                                    

"Saya perlukan something yang menyeramkan. Something yang at least pon ada feel yang boleh buat orang takut." kata Dani kepada pekedai tu.

"Kalau cantu, aku cadangkan ko ambik tu, lengan tu ke..." pekedai tersebut mencadangkan.

Sambil pada masa yang sama, mata Dani meleret ke belakang pekedai tu. Dia terpaku.

Kotak yang sangat2 unik terletak atas shelf. Kotak tu rupanya macam tengkorak. Creepy bila tengok, sesuai untuk game malam ni.

"Ermmm. Boleh tak saya nak kotak belakang tu?" Dani menunjukkan kotak belakang pekedai tu.

"Sorry, not for sale."

"Tapi, benda tu nampak exquisite. Apa tu?"

"Tu namanya skull box. Menurut legenda, seekor setan disimpan dalam kotak tu."

Hurmm. Sesuai nama ngan rupanya. "Setan? Huh. Tapi tu mesti fake punya kan?"

"Tak. Yang ni real punya. Benda ni dah hidup sejak zaman perang dunia pertama. Benda ni lah pencetus utama perang dunia tu." tegas jawapan pekedai tu.

"Alaa bolehlah ... Kalau bahaya sangat pahal ko pegang dohh?" Dani hilang sabar.

"Better benda ni ada dalam tangan orang yang reti jaga. Bukannya kat dalam tangan orang yang tak tau apa2 pon."

KRINGGGG... KRIIIIIINNGGGGG...

"Jap, aku gi jawab fon tu...."
Pekedai tersebut berlalu pergi, meninggalkan Dani sesorang ngan kotak tu.

Kotak tu seemed to stare at Dani. Macam memanggil-manggil Dani supaya ambik dia.

Dani perhati pekedai tu, then kotak tu.

*****************
"Weyh, kali ni aku letakkan satu kotak dalam bilik hantu tu." Excited gila muka Dani.

Menjelang haloween universiti Dani ada buat mcm festival sikit ... Almaklumlah, Dani ni universiti swasta ...

So, dlm festival tu ada rumah hantu, Dani yang kena handle.

Dani dah set dah sapa jadi hantu mana, total ada dalam sepuluh hantu gitu. Semua lain2 character.

"Kotak apa pulak ni?" Balas Rafeeq.

"Skull box namanya. Seram weyh rupa kotak tu. Serious akan spice up lagi Haunted Room tu."

"Ada apa2 sejarah ke kotak tu?" Curious muka Rafeeq.

"Katanya, ada setan duk dalam kotak tu. Tak tau lah betul ke tak. Pekedai tadi kata betul." Balas Dani selamba.

Bulat mata Rafeeq. "Serious lah weyy. Ni aq pesan lah, ko jangan doh main ngan benda2 yang ko sendiri tak tau asal usul nya."

"Alaaa, tak de pape lah."

********

Malam tu sangat2 meriah. Semua orang take part dlm semua acara yg ada. Ada yg parti2 dressing pon semua smart. Pelbagai wajah hantu jumpa. Berdarah. Terkoyak. Tercucuk.

Anyways, kat dalam Haunted Room ciptaan Dani.

Ada satu watak hantu. Nama dia Mad Hatter. Dia selalu pegang pisau. Katanya kisah hantu ni, dia membunuh mak bapak dia, slowly. Semua sbbnya dia gila.

Watak Mad Hatter ni dipegang oleh Kamil.

Waktu Kamil dah set duduk kat tempat dia, dia terperasan satu kotak. Rupanya macam tengkorak betul. Lama Kamil tenung kotak tu. Tiba2 gelap.

**********
Yana, Ellie, Alis, Mona dan Tryna ramai² masuk Haunted Room. Dorang merupakan orang pertama masuk.

Berlari lari sambil menjerit jerit dorang. Ada kejap2 tu dengar dorang gelak2.

Dorang teruskan perjalanan sampai ke kawasan Mad Hatter.

Awal2 masuk dorang dah mampak Mad Hatter nya. Dia pegang pisau, sambil tenung dorang.

"Eh,Kamil kan?" Yana bersuara.

"Eh haah. Haah. Kamil." Mona confirmkan.

"Weyh, Kamil bagi je lah kitorang lalu. Tak yah takutkan kitorang." Yana bersuara semula.

Kamil senyap. Still pegang pisau.

Ellie yang acah berani terus lalu, "Diam tanda setuju."

Bila Ellie betul2 sebelah Mad Hatter, Mad hatter ayunkan tangannya.

Darah terpancut pancut ke muka Mad Hatter, menambahkan elemen seram.

Ellie rebah sambil pegang leher dia yang still berdarah.

Yg lain bulat biji mata. Terdiam. Terpaku.

Dorang tengok Mad Hatter tu senyum pastu jilat2 darah kat pisau dia. Then, dia tenung Yana. Terus dia jalan ke arah group Yana.

Dorang jerit sekuat hati then lari. Sementara Mad Hatter menghampiri dorang.

******

"Ishhh mana dorang ni? First masuk tak kan tak kluar lagi. Dah setengah jam dah." Terfikir Dani. Dani duk kat kawasan kluar Haunted Room. Dia kena pastikan semua orang kluar ngan selamat.

"Pengsan ke apa dorang ni? " Dani terus masuk ke dalam tanpa fikir panjang.

Dia nampak mayat Ellie dulu. Berlumuran darah. Kemudian mayat Yana. Dan darah merata rata.

Dan banyak lagi mayat. Mata dia terus tengok pada pelaku nya. Mad hatter.

Dia still tengah jilat2 pisau.

Then, mad hatter tu terperasan Dani. Dia senyum lebar. "Hihiji. Terima kasih bawa aq sini. Darah sedap. hihiii. Tapi lapar. Nak darah." Dia terus baling pisau tu. Tepat terbenam dekat dahi Dani.

Dani pon rebah.

PesananWhere stories live. Discover now