Sambil aku tengah sibuk main phone tetiba Razif tegur, "Weii, ko selalu tidur ngan phone sekali eh?"
"Huh?" Aku x faham.
"Ye lah ... Ni dah tengah2 malam buta ni ko still main phone atas katil, sah2 ko main sampai tertidur kan? Ko mesti tak letak kat tepi atas meja sana nye..." Panjang lebar Razif menerangkan.
"Haa ye lah... Kenapa pon?" Aku perhati Razif di sebelah aku.
"Takdela ... Cuma haritu aku ada jumpa pakcik aku ni, dia ... Pakar lah bab2 paranormal gitu. Haritu dia pesan, jangan tidur letak phone anywhere dekat ngan kita."
"Huhh. And ko percaya benda2 khurafat cantu? Hishhh. Mengarut lah."
"Hurmmm. Suka hatilah ko nak percaya ke tak. Tapi, biasa nya apa yang pakcik aku kata tu betul." Razif menamatkan conversation dengan terus memejamkan mata.
Aku pon berdiam diri. Razif, merupakan best friend aku yang paling lama (setakat ni) and right now dia tengah menumpang tidur rumah aku. Parents gi honeymoon katanya, balik esok.
Dah biasa dah pon kitorang saling menumpang rumah (so, jangan fikir benda yang pelik2!), best friend katakan.
Aku perhati jam, 1.30 am
Hurmmm better aku tidur sekarang.
Aku letak phone aku betul2 tepi kepala aku.
*************
"Woiii! Bangun Subuh!" Razif menggoncang badan aku sambil tampar2 pipi aku.
"Huurm, solatlah dulu, nanti ko dah habis solat kejut balik."
"Ahhh ... Takde maknanya. Bangun sekarang!" Razif tolak aku sampai jatuh drpd katil.
"Owww! Isyhh sakitlah."
"Haa bangun pon."
Terus Razif berlalu pergi mengambil air wudhu.
Razif memang biasa bangun lebih awal daripada aku. So dia tu macam alarm clock aku yang paling annoying dalam hidup aku.
Aku mencapai phone aku.
Aku unlock phone aku and dia terus view camera mode. Aippp, seingat aku, semalam aku tutup phone waktu dia kat twitter.
"Razif!! Ko main phone aku eh?"
Razif muncul depan aku, "Eh, taklah." Dia terus pergi solat.
Tanpa menghiraukan dia, aku open gallery. Gambar paling atas ialah gambar aku. Aku tengah tidur. Gambar tu memang selari dengan posisi aku tidur, dan itu bermakna betul2 dari siling bilik aku.
Takkan Razif kot. Canne orang nak ambik gambar dari atas tu?
Aku terus delete gambar tu.
**********
Malam menjelma, but kali ni tanpa Razif. Dia dah balik rumah dia.
Aku memulakan rutin malam aku, main phone sampai betul2 ngantuk. Dan tidur.
Esok paginya, perkara sama berlaku.
Phone terus open kat camera mode. And galery ada gambar aku tidur.
Cuma kali ni yang bezanya, gambar tu lagi dekat.
"Haritu dia pesan, jangan tidur letak phone anywhere dekat ngan kita." Kata2 Razif bermain di fikiran aku. Hurmmm, aku tak tanya pulak apa kesannya kalau tidur dekat ngan phone.
Ahhh, mengarut je tu...
Namun, perkara sama berlaku pada keesokan harinya.
Dan esok.
Dan esok.
Dan esok
Gambar nya makin dekat. Dan makin dekat.
Pagi ni, aku bangun dengan lebam bentuk macam jari kat lengan aku.
Aku capai phone aku.
Aku terkesima. Rasanya aku dah letak phone ni jauh dari tempat tidur aku, but sekarang phone ni betul2 tepi kepala aku.
Aku terus bukak phone, and gambar paling latest adalah gambar aku tidur, dengan satu tangan warna hitam pegang lengan aku, betul2 kat tempat aku lebam.
Apa akan jadi esok?