"Weyhhh!! Riana menang Asia Got Talent!!!" excited gila muka Ina. "Hahah tak sia2 aku vote."
Aku perhati Ina bergelak sakan kat ruang tamu dengan Mona dan Lusi. "Hah? Siapa Riana tu?" aku menyahut dari dapur.
Kami berempat tinggal serumah sambil tunggu habis universiti life. Alhamdulillah kami cukup kaya untuk support wifi ngan astro.
"Weyh... Serious lah ko tak tau siapa riana? The Sacred Riana kot." bulat mata Mona menjawab soalan aku.
"Dah... Kenapa ngan dia? Apa talent dia sampai menang tu?"
"Dia buat magic show. Tapi creepy gak ah." jawab Lusi.
"Hah susah nak terangkan ... Kita tunjuk je lah." jawab Ina sambil keluarkan laptop dia.
Dia bukak youtube and trus search the sacred riana. Aku duduk kat sebelah dia.
Terus Ina tunjuk magic show Riana yamg super creepy tu. Anggun yang selalu jadi mangsa. Dan character Riana yang tak nak cakap apa2.
Meremang bulu roma aku.
"Hah.. Hebat kan riana tu?" tanya Ina.
Aku perhati biji mata Riana dalam gambar tu. "Girls. Aku rasa dia bela hantu lah."
"Hah aku dah cakap dah Ina. Riana ni bela hantu." kata Mona.
Bulu roma aku still meremang. Suhu bilik rasa macam drop to 0 degree celcius. Mata Riana macam perhatikan aku.
"Aku nak tido lah. Korang aku pesan jangan bincang dah pasal Riana tu. Kalau bole jangan sebut pasal nama dia langsung." aku terus masuk bilik dan cuba pejam mata.
Mona, Ina dan Lusi terpinga pinga. "What just happened?" tanya Mona.
"Ntah dia tu ... Biarkan lah." jawab Ina.
Ting
"Eh, ada video baru tentang Riana lah. Jom tengok." kata Ina dengan muka penuh excitement.
"Takpelah aq nak tido." jawab Mona lalu terus ke bilik.
"Hurmm ... Means kita dua je lah ni?" tanya Ina kepada Lusi.
Lusi mengangguk tanda setuju.
Dan mereka pon perhati video baru tentang riana bertajuk : Asal Usul Riana dan Riani.
Video gambar2 riana membesar dan bertemu riani. Anak patung yang dirasuk. Riani berjaya mempengaruhi riana dan akhirnya di bawah tuntutan riani. Akhir video tu gambar riana dan riani tenung camera.
"Ishhh sejuk nya. Kita x de install air cond kan?" tanya Lusi.
"Ntah... Luar tak hujan rasanya."
"Dan jiwa itu suka mencari pengetahuan terhadap perkara yang tak diketahui oleh dirinya." suara serak Riana memenuhi ruang tamu.
"Jiwa itu pon mencari dan terus mencari jawapan sehingga tak sedar mereka telah merentas alam."
Lusi dan Ina perhati sekeliling sambil berpelukan.
Riana berdiri di pintu utama.
Lusi dan Ina menjerit sekuat hati.
**********
Aku terjaga dengar suara jeritan.
Aku terus keluar bilik. Lampu ruang tamu masih terpasang. Pelik. Laptop Ina pon masih terpasang. Freeze pada gambar Riana.
Aku perhati sekeliling dan ternampak dua patung.
Patung dengan wajah Ina dan Lusi masih dalam keadaan menjerit.