Gua

718 44 6
                                    

26/8/2016 (malam)
Harini sekolah aq start buat satu kem untuk bebudak tingkatan empat. Mengarut betul!  Dahlah minggu depan nak exam. Pelik² je skolah ni. Haisyyy. Follow je lah. Katanya ada pergi gua tempurung haroli sabtu ni. Aq rasa itu je kut yg exciting dlm kem ni.

27/8/2016 (pagi)
Yeay!!!  Dorang x main² lah... Memang harini dpt pegi gua tempurung... Woohooo. Best nyer. Eventhough camp bangang ni bosan nak mampus nye. Tambah pulak faci² nya semua bajet² hot bajet² cute, pandai dan sebagainya... Erghhh. Takpelah. Follow je lah. Dapat gi gua tempurung.... ^_^

"Marlisa, tulis apa lagi tu? Dah nak sampai gua tempurung dah ni." kata Nona kawan baik ku.

"Alah ko ni, macam tak biasa pulak ngan aku. Tulis diary lah... Isyy."

"Dah² simpan diary tu. Kalau tak aku ambik and baca kuat2." Nona cuba mengambil diary ku.

"Yer2 aku simpan." aku menjauhkan diaryku daripada genggaman Nona. Lalu aku mengunci diary ku and letak dalam beg.

"Baiklah, semua boleh turun bas. Jangan bawak apa2 tau." kata akak Lisa, faci yang bajet cute.

'Yer kitorang tau lah nak turun bas. Itupon nak bitau ke? Iyy menyampah nyer aku.' fikirku.

"Baiklah semua, sila ikut cakap ranger kita Pak Dolleh."

"Anak2 semua siapa sini first time datang gua tempurung?" Terdapat beberapa tangan dinaikkan... Termasuk aku.
"Takpe2 Pak Dolleh nak pesan satu perkara yang sangat2 penting, jangan bawak apa2 keluar daripada gua ni yer. Ingat tau."

Kemudian mulalah long list of dos and donts dalam gua. Then pembahagian group. And into the gua!!

Gua Tempurung ni ohsem. Cantik gila. Sebagai pencinta alam, and first time pergi gua, seriously gua ni cantik. Ciptaan tuhan sangat ohsem.

Sepanjang dlm gua, kitorang ikut long track. Lalu kawasan yg takde track. Kena slide. Merangkang bawah batu2. Berenang. Ohsem giler. Terasa macam pengkaji gua pon ada gak.

Sepanjang melalui gua yag gelap tu, and melalui jalan yang berair, banyak pulak pasir termasuk kasut ni.

Then finally, keluar gua.

27/8/2016 (malam)
Sebelum tidur, let's recap what happened today. Masuk gua tempurung. Yeah best giler. And banyak natural-made sculpture. Ada bentuk mcm org sujud, and ada yg bentuk mcm setan pon ada. And waktu keluar tadi, kasut penuh ngan pasir... °,°' ada geng aq yg dah buang pasir siap² sblom kluar.

A.. Aa.. Aaaa....

Terhenti aku daripada menulis diary aku.

'Bunyi apa tu?' fikirku.

Kawan2 ku yang lain semua sudah tidur. Inilah aku suka tulis diary malam2 buta.

Hiii hiiih hiiiih.

Bulu roma aku terus tegak.
What the erffff. Sapa pulak ngilai tu?

Aku berdiri dan jalan di sekitar dorm. Katil aku yang paling depan and sejak tadi aku hanya berbekalkan lampu suluh aku jer.

Kelihatan satu bayang2 di belakang dorm.

Aku switch on lampu dorm.

Muka ia penuh dengan lumpur. Rambut ia serabai and kusut. Bajunya pun penuh ngan lumpur.
Giginya bertaring.
Rupanya sama macam sculpture setan yang aku jumpa dalam gua.

"Aa... Aaaaa. Aaaa. Pu... Puuu..  Pullaangggg..... Pulangkann."

Pulangkan apa fikirku.

Aku kaku. Hantu tersebut menghampiri ku. Mengulangi ayat yang sama. Pulangkan...  Tapi apa???

Sehingga hantu tersebut menerkamku, baru aku teringat, pasir dalam kasut aku... Kepunyaan gua jugak.

PesananWhere stories live. Discover now