Teknologi

41 9 1
                                    

"Atuk! Atuk!! Tengok ni. Ni app ni dia boleh tunjuk kan jalan. Tengok ni. Tengok." Seloroh adik.
"Ye iyee.. apa tu? Apa nama benda tu?" Atuk cuba menunjuk minat.

Biasalah, atuk tu hidup dalam generasi yang tiada aplikasi-aplikasi canggih. Benda-benda baru ni langsung tak menarik minat atuk.

"Ni app ni... kalau contoh nya, atuk nak pergi ke KL, atuk tulis je kat sini nak ke KL. Pastu nanti dia terus tunjuk kan jalan. Hebat kannn?? Jalan yang dia tunjuk tepat pulak tu."

Adik masih bercerita dengan sangat teruja. Maklumlah, app tu masih baru dilancarkan.

"Hurmmm... menarik. Tapi cu nak tau tak dulu atuk tak yah guna semua ni." Atuk menunjuk ke arah handphone adik. "Atuk cuma perlu lihat bintang di langit dan atuk boleh tahu jalan pulang."

"Waaahhhh!!" Mata adik bersinar. "Kiranya bintang tu macam gps laa?"

"Adiik dah tak yah ganggu atuk tu dah. Dah nak senja ni jom balik rumah." Aku memanggil adik.

"Haaa itu abang kamu dah panggil tu. Pergi balik cepat nanti malam susah nak nampak jalan." Atuk menarik nafas lega kerana terselamat daripada adik.

"Alaaaaaaaa...." adik bermasam muka. "Tapi kita baru je datang sini semalam."

"Haaa iye laa... kucing-kucing kamu kat rumah tu sapa nak jaga? Nak tinggal sini boleh je. Abang balik dulu. BAII!!" Aku mengorak langkah keluar dari rumah atuk.

Adik masih bermasam muka tapi dia bersalam dengan atuk dan mula mengikut aku keluar rumah atuk.

"Ni, atuk nak pesan... kamu ni anak-anak muda selalu sangat dengan teknologi-teknologi canggih kamu tu. Jangan percaya sangat benda tu."

"Ye laaa atuk. Haa kami balik dulu ye tok. Assalamualaikum!!"

Aku mula memandu kereta kancil yang abah beli sebagai hadiah kepada aku.

Tiga minit dalam perjalanan, adik di tempat duduk penumpang dah pon tertidur. Langit mula menjadi semakin gelap.

Sejam dalam perjalanan, aku mula berasa pelik. "Dah kat mana eh ni? Macam tak familiar je jalan ni." Hati ku mula tidak tenang. Aku mula beristighfar dan baca ayat-ayat suci al-Quran.

Dua jam dalam perjalanan. Dan aku masih tak dapat figure out.aku kat mana. "Ishh, patut dah nampak highway dah." Adik masih lena di tempat duduk sebelah. Langit sudah pon gelap gelita.

"Adiiik. Ohhh adik. Bangun." Aku lejut adik aku. "Tolong bukak peta kat fon tu. Tengok kita kat mana ni."

Adik terkebil-kebil kejap. Kemudian dia bukak phone dia. "Kalau ikut app ni, kita kena jalan straight lagi 20 meter pastu belok kanan."

Aku berasa lega sikit. Mungkin aku je yang tak sedap hati.

Go straight. Go straight. Turn right in the next ten meters.

Turn right. Turn right.

Aku patuh dengan arahan app adik tu. Lampu jalan makin lama makin berkurangan. Memang biasa pon jalan kampung tak banyak lampu jalan. Jadi aku takde laa peduli sangat.

Go straight. Go straight. Go... goo... stra... straight...

Aku tengok adik. Adik pon tengok aku. Kami saling berpandangan sekejap.

Mungkin aplikasi baru tu rosak kot.

Go... goo... we have arrived at our destination. Yea.. yeayy!

Aku berhentikan kereta. Aku tengok adik aku. "Adik ni masukkan tempat betul ke tak ni?" Aku mula menuduh adik aku.

"Ishh. Betul laaa. Takkan adik tak ingat nama jalan rumah kot."

Aku perhati kan sekeliling. Gelap gelita. Lampu jalan pon takde. Cuma ada lampu dari kereta aku je.

Aku tengok kiri dan kanan kawasan tu. Kat belah kanan, nampak nya seperti tanah perkuburan. Batu nisan samar-samar kelihatan.

"Adik... ni tanah perkuburan laaa dik. Ni tanah perkuburan mak ngan ayah ni." Suasana sekeliling sunyi dan sejuk.

Mata adik terus terbeliak. Dia terus mendiamkan diri.

Aku terus tekan minyak kereta dan drive keluar dari kawasan tu. Mak ngan ayah dah lima tahun meninggalkan kami. Accident.

Aku pasang radio ayat-ayat suci al-quran. Aku suruh adik aku baca apa-apa.surah yang dia tahu.

Aku pecut kan je kereta. Aku ikut kan je gerak hati. Sampai laa satu jalan ni, tiba-tiba nampak ada kereta lain. Selang beberapa minit, mula nampak lampu jalan.

Kami berjaya balik rumah malam tu. Tapi sejak tu, adik terus uninstall app tu. Dia langusung tak guna dah app untuk tunjukkan jalan.

PesananWhere stories live. Discover now