Janji

690 45 4
                                    

"Harini kan, aq rasa happy sangat. " kata Izham.

"Dah pahal? Jumpa hantu ke apa? " balas Nizmus, menyindir.

"Apa kes jumpa hantu happy pulak?" Izham mengerutkan dahi.

"Happy ah sebab tak semua orang dapat jumpa hantu." Nizmus gelak sendirian.

"Aku happy harini sebab ... Amirah anak pak cik Ibsah tu, dah terima lamaran aku." Izham senyum lebar.

"Alhamdulillah. Dah besar kawan aku ni"

"Eff you. Aku nak jemput ko datang kenduri kahwin aku ni. Nak datang tak?"

"Janganlah marah bang encem. Ye ye insya-allah aku datang. Bila?"

"17 December ni. Datang tau. Kalau tak aku sekeh kepala ko."

"Alright boss." Nizmus tabik hormat. "Ni hah, jangan happy sangat, nanti terbuat janji yang bukan-bukan. Susah ko nanti." wajah Nizmus berubah serius.

"Dah dah, malas aku melayan ko. Better aku melayan bakal isteri aku. Bye." Izham menyerahkan kad perkahwinannya dan berlalu pergi.

*************

"Abang, janji saya satu perkara jer." kata Amirah.

"Apa dia yang?"

"Abang akan kekal dengan saya sehidup semati."

"Baiklah, abang janji. Abang takkan tinggalkan Amirah, dan akan kekal bersama Amirah sehidup semati."

***********

"Perkahwinan bertukar tragedi apabila kereta yang dinaiki Izham bin Mat Soleh dan Amirah binti Ibsah dilanggar oleh sebuah lori. Izham berumur 39 tahun dan Amirah yang baru mencecah 30 tahun baru sahaja berkahwin beberapa minit sebelum kemalangan. Kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan dan melanggar sebuah lori balak. Amirah terkorban dalam kemalangan tersebut manakala Izham cedera parah. Sekarang Izham masih dirawat." kata pembaca berita TV 10

***********
3 bulan kemudian

Izham memerhati gambar-gambar dia bersama Amirah.

Sekarang semuanya tinggal kenangan sahaja. Izham masih bersedih dengan kematian Amirah.
Tiba-tiba Izham terdengar bunyi tangisan di dapur. Izham berhenti menelaah albumnya lalu membuka langkah ke dapur.

Di dapur, kelihatan suatu susuk tubuh wanita menangis di dalam gelap.

Izham mencapai suis lampu dan menyalakan lampu.

Dia hampir tersungkur melihatkan wajah wanita tersebut, Amirah.

Baju Amirah koyak-rabak dan penuh dengan darah. Amirah sedang menangis teresak-esak.

"Abang, abang janji akan bersama Amirah sehidup semati. Kenapa abang masih hidup?"

"Ye yang. Abang dah janji. Abang akan teman Amirah." Izham mencapai pisau.

"Abang bukan orang yang suka memungkiri janji." Izham halakan pisau tersebut di atas jantungnya.

"Abang dah janji dengan Amirah... " Izham tikam dadanya sendiri.

Darah memancut keluar, membasahi muka Amirah yang sudah penuh dengan darah.

Membasahi wajah Amirah yang sedang senyum sinis.

PesananWhere stories live. Discover now