Asrama

3.7K 96 20
                                    

6.1.2016
Bermula la kisah aku di sekolah sains kuala selangor. Hurmm. Katanya reputasi sekolah ni bagus, that's why mak aku masukkan aku kat sini.

Tapi, aku sorang2 jer yang datangnya dari Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah.

Tapi terpaksa lah. Hidup sorang2 kejap. Berdikari katakan.

Sekolah ni not much. Beautiful view. Besar.

Dorm nyer pon x de lah grand sangat. Muat 8 org jer. Ada plenty space lah for me.

Lucky for me, aku dianugerahi dengan kepetahan berkata-kata. Satu hari dan aku dah kenal hampir semua lelaki batch aku, temasuk sikit budak pompuan.

Malam pertama, nothing happened. X de hantu terkam aku. Tapi ramai orang kata sekolah ni banyak gangguan.

******

Isnin, hari yg paling aku benci kalau kat sekolah. Sebab, tanda mulanya persekolahan.

Tambah pulak dengan perhimpunan rasminya.

Ughh.

"Baiklah saya menjemput yang berbahagia Tuan Haji Amir bin Rasyid, pengetua Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor untuk menyampaikan sepatah dua kata."

Sepatah dua sangat. Kan mulalah berucap sejam.

"Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada guru2 cemerlang, kaunselor, dan murid2 yang dikasihi sekalian. Pada hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar2 ambilan baru tingkatan satu."

Pengetua berjeda. Melihat kearah semua pelajar.

"Saya juga nak pesan kat pelajar2 tingkatan satu ni, saya tak nak ada sebarang aktiviti selepas jam 12 tengah malam. Dan sekiranya pelajar nak pergi ke tandas selepas jam 12 tengah malam, pergilah dengan bertemankan 2 orang kawan. Itu sahaja ucapan saya buat pelajar2 tingkatan satu. Sekian, assalamualaikum."

Pesanan pengetua tadi berlegar-legar dalam otak aku. Kenapa kena berteman? Dua orang pulak tuh.

Hari tersebut berlangsung tanpa sebarang masalah.

*******

Arghh. Kenapa lah pulak aku rasa nak pergi tandas malam2 buta ni?

Aku tengok jam aku, 1.00 pagi. Semua orang dah tidur.

Aku tengok kiri dan kanan aku, roommates aku pon tidur.

Tapi, dah tak tahan...

Aku pon bangun, berjalan ke arah Amir. "Amir. Weyh, Amir. Amir. Bamgun ah." Aku menolak nolak bahu Amir.

"Erhhmm. Apa ko nak? Orang nak tidur dia ganggu pulak." Amir pusing badan dia menghadap tempat lain.

"Weyh, teman aku pergi tandas weyh."

"Pergi tandas pon takut ker?" Dia terus tidur balik.

Cis. Tak leh harap punya kawan.

Roommates yang lain pon bagi respon yang sama.

Ahh. Lantaklah dengan pesan pegetua tuh. Aku dah tak tahan.

Aku cepat2 masuk tandas and masuk kubikel pertama.

Ahh lega.

Bumm. Bunyi pintu tandas ditutup.

Ait? Ada orang lain ker? Hurmm, tak de lah aku keseorangan sangat.

Usai membuang air, flush, aku terus mengatur langkah keluar.

Tetiba ada bunyi orang menangis.

Sapa pulak lah tuh? Mesti batch aku. Menjadi tanggungjawab aku lah nak memujuk dia. Haisyhh.

Aku mencari sumber tangisan tersebut. Di kubikel paling hujung. Pintunya tertutup. Ni lah punca bunyi pintu tertutup tadi.

Aku tolak pintu tu pelan2.

Satu lembaga berdiri kat situ. Then, kepala dia pusing mengadap aku pelan2. Then, dia senyum.

.....

PesananWhere stories live. Discover now