"Haii, ko mesti budak baru tu kan? Nama aku Minna. Selamat berkenalan."
Friendly gila manusia depan aku ni. First kawan yang aku dapat lepas transfer kay sekolah ni.
"Haii. Selamat berkenalan. Ermmm, betul ke ko nak jadi kawan aku ni?"
"Of course lahh. Kenapa tanya cantu?"
"Sebab, ermm ... Aku pesan awal2 tau, jangan gaduh ngan aku."
"Kenapa?" berkerut kerut dahi Minna.
Ermmm perlu ke aku bagitau eh? Nanti mesti dia taknak kawan ngan aku.
Selepas lama aku mendiamkan diri, Minna senyum balik, "Hurmm, never mind that, aku pasti aku tak kan gaduh ngan ko."
****3 bulan berlalu****
"Eh kau! Si Salman tu aku punya okay? Ko jangan sesekali pon dekat dengan dia!" Minna menjerit bagai orang gila.
Aku penuh kesabaran, "Kitorang sembang pasal homework je pon. Ko dah kenapa ni?"
"Ah takde! Jarak ko ngan Salman tu mesti 1 meter. Ko jangan dekat ngan dia, jangan sembang ngan dia, jangan tengok dia lebih 10 saat pon. Kalau tak kita tak yah kawan dah."
Okay Minna ni dah melampau. "Seriously? Sebab kitorang sembang sekejap pon ko nak marah2?"
"Eh? Tu bakal suami aku kot. Aku tak nak wanita lain cemarkan dia. Even you!"
Hurmmm Minna ni memang saja nak buat aku marah. "Hurmmm okay."
"Okay je? Eh, aku tau ko mesti nak gak kat Salman tu kan? Badan tough hensem. Tapikan, ko tau tak, takde sapa nak kan ko lah. Muka busuk, selekeh. Hishhh. Aku melekat ngan ko ni pon sebab aku kesian kat ko je tau. Kalau tak memang lonely lah ko..."
Terus Minna berlalu pergi. Memang nak kena Minna ni. Pasal si Salman pon nak gaduh...
******
Hurmm seronok tengok Minna ni tido. Dia nampak tenang sangat.
Aku genggam pisau yang aku curi from makcik DM seerat eratnya.
Dan aku tikam, tikam lagi.
Hahaha. Banyak nye darah memancut. Hihihi
Eh Minna tersedar lah. Aku bisik kat telinga dia, "Aku dah pesan 3 bulan lalu, jangan gaduh ngan aku. Ko lupa eh? Look what you just made me do ...."