Teruskan

427 34 2
                                    

Aku biarkan kaki aku tergantung.
Aku tengok pemandangan sekaliling ... Cantik ... Sangat2
Mesti best kalau Hilz ada sekali kat bumbung shopping mall 30 tingkat ni.

"Hai !! Nama saya Hilz. Nama ko?"

"Ermm ... Nama aku ... Wan." balasku dengan jantung berdegup kencang.

"Wan... Hurmm .. Ko ni macam lonely je ... Meh aku bawak ko berkenalan ngan semua orang."

"Eh . Eh . Tak yah"

Dia tetap tarik tangan aku ke kumpulan orang terdekat dan kenalkan aku.

Teringat waktu form 1 dulu. Aku ni memang introvert. Tak ramai kawan. Lonely.

Tapi kehadiran Hilz mewarnai dunia sekolah menengah ku.

"After sekolah ni, aku nak ko teruskan tempo friendliness ni. Jangan jadi introvert dah."

Tamat sekolah menengah aku teruskan dengan dunia extrovert aku. 

Kat universiti, semua orang kenal aku ... Malangnya, Hilz takde.

Aku sambung master, and awesomely, Hilz datang semula membantu hidupku.

"Wei, Hilz. Susah ah buat thesis ni. Aku risau research yang aku buat ni cliche lah."

"Alaa Wan. Teruskan je. Don't give up at all. Aku yakin profesor will accept it."

Dia terus membantu, suruh aku teruskan dan teruskan sampailah aku lepas master.

Senyuman manis dia terus memberi semangat.

Tapi, semalam dia mati.

Accident langgar lori.

Sekarang dah takde sapa nak temankan aku.

Aku rasa lonely sangat.

Aku ambik keputusan untuk bunuh diri ... But then, aku teragak agak.

Kalau Hilz ada mesti dia pesan, "Teruskan."

Teruskan...
Teruskan...
Teruskan...

Aku amik keputusan untuk teruskan ...

PesananWhere stories live. Discover now