Peti

348 27 2
                                    

Aku berjalan masuk ke dalam bilik ketiga dalam rumah hantu ni. Setakat ni, tak de apa yamg menakutkan. Manusia berkostum je lebih.

Tapi, bilik ni lain sikit. Ada manusia berkostum, tapi dia duk tepi je... Tak takut2 kan orang.

Tengah2 bilik tu pulak ada satu peti. Design spirally and nampak sangat menarik.

Aku mendekati peti tu.

"Jangan ... Jangan dekat ngan peti tu. Jangan berani ko bukak!" manusia berkostum hantu tu cakap.

"Kenapa? Ada apa je dalam ni?" aku curious.

"Peti tu sampai pagi tadi. Dari anonymous. Dalam tu ... Dalam nya ... Ada benda ... Benda yang paling ko takut. Aku pesan jangan bukak." bulat mata dia sambil bercakap dgn tercungap
cungap

"Ko dah pernah bukak ke?" aku tanya lagi.

"Tadi."

"Huh ... Merapu lah ko... Takde benda dalam dunia ni yang aku takut. Aku takut kan Tuhan yang cipta aku je." aku terus capai penutup peti tu.

Aku bukak dan perhati dalam nya.

Kosong. Gelap.

"Hah! Kan aku dah kata, ngarut je semua." aku tersengih.

Kegelapan dalam peti ni semakin gelap. Sekarang nampak cam air pulak. Dan kegelapan nya melimpah keluar.

Seperti asap dan air, kegelapan yang asalnya dalam peti tu terus melimpah keluar dan memenuhi bilik tu.

Aku berundur daripada kegelapan tu, sampai ke hujung dinding. Pak cik kostum tadi dah x de.

Kegelapan tersebut tersebar dan bertambah ... Sampai lah satu bilik gelap tanpa cahaya.

Aku berdiri diam, tak berani gerak.

Gelap sangat2 sampai kan tangan sendiri pon aku tak boleh tengok. Aku tak selesa dalam keadaan gelap camni.

Aku terus berharap agar ada orang datang bawa lampu, cahaya apa2 jer asalkan kegelapan ni hilang.

Namun kegelapannya kekal. Dan aq terus mati perlahan lahan kerana ketakutan aku sendiri.

PesananWhere stories live. Discover now