"Enjoy the moment of letting go"
Aku punya rasa celaru datang tanpa diundang. Dan aku bencikannya. Seperti mana aku benci pada kejutan dan perkara perkara di luar jangka.
Aku bukan seorang perfectionis bersama perancangan pejal. Tapi aku juga bukan gas. Aku adalah cecair boleh mengikut bentuk bekas yang sempurna seadanya walau kecil walau besar walau muncung walau tirus tetap punya had dan rancang yang sesuatu namun tidak bocor. Atau jika tidak maka bah.
Kerana aku bukan gas yang bebas aku pesimis pada sesuatu diluar jangka seperti gas dari perut kau yang keluar secara tiba-tiba dengan aroma yang kau sendiri boleh mati diracuni.
Orang tua kata jangan benci sangat nanti mendapat. Ah kenapa perlu begitu. Mulut mereka masin. Sudah lebih dahulu makan garam. Dan itulah yang apa perlu aku hadap. Ya mendapat. Kerana benci, kerana mulut orang tua masin atau kerana mereka sudah lebih dahulu makan garam. Dikalangan tiga ini aku sendiri tak pasti mahu dituding yang mana.
Bagaimana pula celaru dan hal luar jangka? Secara puratanya celaru hampir peratusannya kepada satu bulatan penuh carta pai celaru aku adalah hal luar jangka. Ya, adakala cecair disejat menjadi wap air ya sejenis gas.
Semestinya langit tak selalunya hujan yang selalunya panas jadi pemeluwapan berlaku. Cecair sudah makin kering. Sambil terus berharap hujan bekas tadahan terus di letak di tengah satu lapangan luas.
Sambil menonton video di siaran TED. How to get rid off the bad habit. Its curiousity. Rasa ingin tahu. Sekarang rasa ingin tahu aku membuak pada celaru dan mungkin satu hari nanti aku akan enjoy the moment of letting go? Letting go celaru. I dont even want to hold it instead since forever.Jadi sampai bila? Sampai aku boleh betul tahu apa yang aku sedang tulis di sini dan di mana mana.
Ada dalam satu keadaan hanya beberapa saat kau boleh berubah. Seperti beberapa minit yang lalu aku sedang menangis dan sekarang aku ketawa dan aku jangka selepas ini aku akan celaru memilih antara keduanya.Ya seperti cecair kemudian menjadi gas. Dan aku tak mungkin pepejal. Kerana aku tidak mahu. Terlalu pejal dan mudah berantakan. Aku adalah cecair yang bisa mengalir bisa juga menetap dan melalui pemeluwapan. Ah, aku benci itu.