Pulang dari kantor.
Fikiran aku melayang pada seseorang yang aku suka dalam diam. Aku suka dia kerana buku-buku yang dia baca. Kerana bijaksana dia. Kerana dari jauh yang aku lihat keterbukaan dalam menerima dan tidak ekstrimis. Dia bukanlah sosok kacak. Jika kacak pada aku adalah Bront Palarae dan Takuya Kimura dia bukan keduanya. Pada mata yang lain aku tidak tahu.
Melihat dari jauh gigih dan cakna. Aku mengagumi itu. Maka aku juga mahu jadi bijaksana seperti dia. Walau bezanya terlalu jauh tak mampu berlari selaju dia aku cuba merangkak.
Dia inspirasi yang mendorong aku pada keterujaan buku yang aku baca dan segala mimpi-mimpi aku.
Aku hanya mampu untuk suka dalam diam kerana lingkaran orbit aku dan dia tidak mungkin sama. Jika diam ini mampu untuk jadikan aku lebih baik. Aku tak apa-apa. Terima kasih kerana melintas dalam hari-hari aku. Jangan bimbang aku sudah lama berhenti dari menaruh harapan pada sesiapa. Apa yang aku mahu lakukan waktu ini hanya membangun diri kerana aku terlalu mahu jadi perempuan bijaksana dan berdikari. Walau kadang-kadang benak bisa terusik tetapi cukuplah semuanya aku simpan sendiri dan terus aku kuat mengejar mimpi.