Hari tiga ratus enam puluh lima kemudian (ii)

19 0 0
                                    

Bukan sekali aku fikir tentang putus asa.
Bukan sekali aku fikir tentang lari dan tinggalkan semua. Bukan sekali aku fikir tentang jatuh dan tak bangun lagi.

Bukan sekali aku rasa hilang yang entah apa.
Bukan sekali aku rasa tiada yang entah apa.
Bukan sekali aku rasa kecewa yang entah apa.

Pergelutan yang tiada akhirnya. Ada masa aku cuma mahu berhentikan kereta di sisi jalan melihat manusia dan kehidupan. Aku ingin merasakan hari ini bukan tentang semalam atau akan datang.

Bukan aku tak tahu aku menjadi terlalu keras pada diri sendiri.
Bukan aku tak tahu aku defensif.
Bukan aku tak tahu aku adalah yang paling lemah dan bisa pecah.

Bicarakan tentang buku dan kopi untuk sekadar menjauh.
Sedang aku tahu yang aku ini sedang cuma ingin baring menengadah siling mengadap dinding.

Keletihan ini tidak dapat diungkap. Perasaan yang cuba aku verbalkan tapi gagal. Yang cuba aku tuliskan tapi janggal. Yang cuba aku sampaikan tanpa sebal.

Tiada yang tahu tiada yang perasan tiada yang peduli. Ada ketika aku tak mahu mencari. Biar diakata egois tapi peduli itu tak sepatutnya diminta tagih bukan?

Saat ini aku merasakan jauh. Terpaling jauh. Merindukan tidak dirindukan. Aku cuma gadis yang cuba tekal untuk kekal sedang aku menangis tanpa tangis.

Sehingga nanti saat bila dipanggil Tuhan pergi dengan beban kesalahan menggunung aku pasti tidak akan sebal lagi.
Walau satu hari nama aku sudah tidak ada dalam ingatan sungguh aku tidak perlu pada ayat ayat kasihan.
Kerana saat kematian tiada apa lagi yang mampu dibuktikan. Tiada kepedulian lagi yang mampu menenangkan.

GusarWhere stories live. Discover now