Hari lima belas dua belas dua ribu satu sembilan

15 1 0
                                        

Jika kau mahu cari yang salah tuding saja padaku pada cereka liar ku pada rindu khayalan aku bina sendiri pada penjara yang memenjarakan aku seberapa kali juga aku cuba untuk memadam garis garis seliratan tiap kali itu juga detak jantung ku laju dan renjatan raksa saat kau bertamu di muka pintu beribu detik berlalu satu yang baru buat aku berdosanya aku kerana membiarkan pintu terbuka lalu menjemput kau menghuni lama rakus angan ketakutan angkuh aku sendiri membiarkan aku hanyut aku cuba untuk percaya pada magis fiksi fiksi aku baca namun rencana tuhan tidak mengia pada semua membiar malam gusar aku dia punya perancang lebih indah yang disingkap aku nanti baru sadar manis itu tidak ketahuan sehingga itu sehingga waktu itu ketakutan dan mahu aku yang bergentayangan dalam fikir aku jemput untuk keluar perlahan lahan tidak perlu lama hanya untuk ke akhirnya.

GusarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang