Ada suatu hari aku pulang telat dari waktu biasanya. Hampir empat jam jarak waktu dari selalu. Aku mendengar suara ibuku jauh di talian. Aku bercerita seperti biasa dan akhirnya tubir mataku basah. Ketawa aku yang sedetik sebelumnya lenyap terus. Ternyata aku bukan badang seperti yang aku sangka. Aku kaca nipis yang dengan sedikit tolak terus berderai ke lantai.
Kekecewaanku, kekuatanku sudah hilang lama rupanya. Topeng aku pakai tertanggal. Berat bahuku menarik esak. Memandang sekeliling hanya desir kipas berpusing dan semuanya gelap.
Jika pari pari datang lagi aku hanya mahu pinta satu supaya dia dapat membawaku pergi terus dalam pelukan ayah dan ibu saat ini. Kerana kudratku telah habis.