Ada yang tanya kenapa diam?
Kenapa kau senyap?
Hilang pergi mana?
Tak ke mana mana.
Masih ada cuba cari kekuatan berdiri tanpa tongkat atau sandaran.
Di satu daerah jauh dari ramai dan terpencil
Memikirkan hari yang berlalu tanpa teman dan jauh dari keluarga.
Memujuk diri untuk percaya dan bertahan dalam keadaan yang berharap pada manusia lain itu mustahil.
Dalam ketakutan yang sudah hampir lali
Dalam kesunyian yang kadang-kadang diisi esak tangis.
Tentang masa depan dan segala kebarangkalian.
Tentang harapan dan keinginan.
Tentang percaya pada diri tentang berdikari dan menjadi wanita besi.
Untuk tidak punya apa apa untuk diberi
Untuk tidak siapa siapa pada sekeliling
Untuk ingin pada yang tak sudi
Sendirian adalah hanya cara yang ada.
Menjadi pilihan.
Aku tak mampu sampaikan tentang peluang peluang yang tiada tak mampu cerita tentang kesunyian dan tentang keinginan ramai yang tak tercapai
Kerana yang sedang ada saat ini adalah aku dan bagaimana untuk terus sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gusar
PoetryCatatan pendek sebab ada kala aku terlalu malas walau untuk satu titik
