Hari Enam Puluh Enam

31 0 0
                                        

Si tapak kaki kecil
Aku sering telat ketemu kamu
Sering aku bingit bising menengking jerit
Maafkan laku burukku

Jiwa jiwa aku rapuh
Antara kamu dan segala batu batu dibahu
Mahu sahaja aku tanggal semuanya dan terus menatap wajahmu mendengar suaramu, segala keluh kesah kau dan denai basah kau redah.

Lopak kau jatuh duri kau pijak
Jauh beda dari jalan aku tapak
Hina untuk aku menyata sukar kau tak pernah jelas di mata walau ku tahu.

Sungguh kerana itu
Si tapak kaki kecil aku mahu kau berlari bukan lagi merangkak esot. Aku mahu kau kenakan sepatu selesaku.
Mahu kau tahu ini bukan tempat yang perlu kau kembali jika kau enggan.

Betapa luluh hatiku saat kekuatan yang cuba aku pasakkan saban waktu kau patah hancur tanpa endah.
Gusar ku dan kau juga tidak sama.
Si kaki kecil aku manusia biasa yang kadang kala lelah aku kerana tali ku hulur buat menarikmu langsung tak mahu kau sentuh.
Aku bisa melepaskannya dan biar ku terus di sana.
Aku bisa hulur biar kau tergantung tanpa menarikmu.
Tapi itu bukan tugasku. Bukan itu dibahuku

Si tapak kaki kecil
Andai kau tahu hidupmu satu pilihan apa mungkin kau bagaimana.
Andai kau tahu. Tiada aku tambah dengan tingkah mu. Tidak ku hilang.
Andai kau tahu itu segalanya tentang kamu.

Aku bisa menghulur tali yang perlu menggenggam itu kamu.

Andai kau tahu si tapak kecil.
Gusar aku.

GusarTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang