Hari dua ribu lima ratus tujuh puluh enam

9 0 0
                                    

Aku menulis untuk tak dibacakan
Jika waktu itu kau cuma berlalu
Terus pergi meninggalkan
Pasti setiap detak langkah tidak
aku berpaling menerawang.
Jika yang perlu disalahkan adalah aku
kerana rapuh
hanyut pada bayang angan
mimpi indah setiap kali lena ditemani harapan palsu
Pada gebar yang basah mengelap titis jernih tumpah
menepuk bahu aku yang sudah lama tekad
pada sendirian.
Kau hanya watak pada tulisan ku yang tak akan pernah habis tertulis
Kau adalah doa yang aku titipkan pada tuhan
cuma buat aku nanti percaya kecewa akan datang itu jawapan
soalan aku gogoikan tiap harinya.
Kau adalah ketakutan nyata.
Aku jadi malu pada mahu aku yang liar.
Aku bicara seliratan ini dengan terlalu lama.
Terlalu lama sehingga tiada lagi suara mahu didengari
Kerana akhirnya aku sendiri tahu
Kau adalah mustahil.
Ini bukan kali pertama menjadi pungguk.
Bulan sudah runtuh berkali kali tidak ke ribaku.
Aku cuma di hujung ranting rapuh
Yang bisa jatuh bila-bila
Dengan sayap yang sudah patah
Aku tidak lagi mampu terbang,
lari atau terus menanti bulan.
Kerana mungkin menanti itu adalah aku
Dan bulan tidak mungkin jatuh.

GusarWhere stories live. Discover now