Hari Sembilan Puluh Dua

25 0 0
                                    

Boleh jadi mereka disisimu sedang berpijak atas duri duri tajam ditabur nyata dalam sepatu mereka.
Namun bibir mereka masih setia menuntun senyum.
Boleh jadi dirimu terasa terpaling celaka namun kau punya bahu bersandar kasih.

Setiap apanya kita, likunya tak mungkin serupa, wajah-wajah kita terkadang jujurnya tiada. Demi memberi kepercayaan bahagia pada semua.
Tidak perlu gusar seringkali kerana wajah wajah kita berbeda dan sudut jauh kita tahu jujur itu ampuh. Namun hanya saat kita cuba terima dan mahu percaya.

Lantas itu, jangan dihambur sinikal pada tempang mahu pecut anggota mereka. Siapakan tahu itu sahaja cara luka bisa diobat. Jangan kerana celaka kamu rasa itu, direnjis pada mereka mereka siapakan tahu ketawa itu terlalu pura-pura. Tiap cuma yang ada dia tanpa semua ; gebarnya basah kamarnya bungkam.

Jujur aku bilang pada kamu bukan hal yang mudah ; maka jangan kau hambur hambur hanya kerana sebalmu sedikit jadi kau tarik semua. Itu tidak pantas buat sesiapa. Jika jujur adalah sukar cukup sahaja kau punya pertimbangan normal.

GusarWhere stories live. Discover now