Hari Sembilan Puluh Sembilan

18 0 0
                                    

Tiap malam sebelum tidur aku seringkali membayangkan hari aku yang akan datang
Saat aku berada di dewan kuliah mendengar hujah intelektual bernas
Dan saat aku melalui pemeriksaan di lapangan terbang bersama boarding pass ke Jepun mungkin Tokyo, mungkin Osaka ataupun Kyoto.

Aku merangka persediaan yang harus aku susun atur agar semua lancar. Tidak di tahan di imigresen mahupun tersangkut di dewan peperiksaan. Aku tidak pasti tentang pulangan material yang akan aku perolehi aku tak pasti tentang kedudukan sosial yang mampu aku ubah tapi yang aku pasti selagi Tuhan masih mengihsankan roh bersama jasad bayang-bayangan aku diteruskan meliar.

Keluarga kecil aku yang cukup sempurna dengan kekurangan saling disandarkan menjadi alasan paling utuh untuk aku bergerak. Tidak statik. Ketakutan-ketakutan yang menganggu gugat sedaya mungkin aku tolak ketepi. Kerana kepercayaan aku adalah pada segala usaha layak menagih ihsan takdir.

Untuk seketika itu aku pasti hidup aku bukan begini. Sehingga nanti tiba waktu itu, mungkin aku disini perlu berseronok bekerja supaya aku dapat mengumpul cerita untuk diguna beberapa tahun lagi diatas podium di hadapan ratusan atau puluhan atau mungkin cuma satu sosok yang sudi mendengarkan kisah aku. Kisah kotak konkrit yang berjaya aku pecayahkan. Suatu hari nanti. Pasti.

GusarWhere stories live. Discover now