Monolog.
Aku selalu memikirkan tentang apa yang aku suka dan apa yang tidak. Dalam sendirian selalu aku memikirkan persoalan eksistensialisme. Aku memikirkan tentang siapa aku, ke mana nak pergi dan apa yang boleh aku lakukan.
Ada masa aku berhenti dan aku jerit dalam hati yang aku benci semua yang aku sedang buat. Aku rasa hidup aku membazir terlalu banyak masa, aku freak out.
Ada waktu aku mencari di mana enthusiasm di mana passion dan bila aku tak rasa letih walau kerja keras. Aku jumpa diri aku sedang tersenyum dengan adrenalin laju saat menulis. Ya aku suka menulis terlalu gemar. Ia bukan tentang sesuatu kisah dongeng atau imaginasi liar yang mahu aku penuhi tetapi menulis tentang sesuatu yang melintas di benak tentang persekitaran dan tentang semuanya. Tentang keterujaan saat aksara akasara menggasak fikiran dan mintak dizahirkan tulisan. Membaca tulisan sendiri buat aku lebih kenal diri. Aku lihat diri aku adalah hidup saat menulis.
Aku tak gembira dengan apa aku lakukan sekarang. Pergi sekolah, melakukan benda yang aku tak tahu dan tak faham. Memenuhi segala kemahuan yang banyak. Memikirkan tentang semuanya terlalu dalam dan luas. Menimbang tara yang boleh yang tidak dengan had had yang merimaskan. Bangun pagi adalah sesuatu yang mendera aku. Bukan sesuatu yang aku nantikan. Rutin yang sama dan lelah yang sama tiap kalinya. Ya ini kerjaya mulia tapi aku hilang punca. Aku tak nampak di mana boleh aku peroleh kepuasan. Di mana aku boleh dapat satu perasaan kejayaan. Semuanya pura-pura. Aku tak dapat lihat di mana aku mampu berfungsi dengan sebenarnya. Aku cuba untuk faham tetapi tidak. Apa yang aku lakukan adalah rutin hanya kerana rasa bersalah dan tanggungjawab. Aku tak seronok melakukannya. Semua dalam keadaan terpaksa dan dibelengu. Ketakutan ketakutan pada kesempurnaan yang aku tak ada menjengkelkan.
Tapi kerana survival kerana tanggungjawab aku terhadap yang tersayang melebihi segalanya aku terpaksa bertahan. Menjadi realis dan melupakan segala kegilaan yang aku mahukan. Aku tak pasti apa yang aku buat ni betul atau tak kepada diri aku tapi aku perlu lebih fikirkan baik pada sekitarnya aku. Hari esok langsung tidak menyakinkan dan aku hanya seperti robot yang diprogramkan dan senyum yang tertampal tawar.
Apa yang aku mampu buat sekarang adalah menunggu apa takdir mahu buat pada aku. Untuk setakat ini tak banyak yang boleh aku lakukan.
Aku sudah bukan aku dan keterujaan sudah habis.