Hari Sembilan Puluh Tujuh

19 0 0
                                    

Aku teringin menulis puisi gembira
Raksa yang mendesah girang
Bunga mekar di taman dan
Senyum manis pada waktu waktu yang berlalu

Aku mahu kelabuku menjadi warna pelangi
Yang bisa aku pilih mana saja pada saat kebingungan cuba mendekati hariku
Walau aku tahu sungguh aku bukan yang mudah membuat pilihan.

Aku terbayangkan pada tika itu
Pantai riang bersama ombaknya
Burung terbang mencecah langit jingga
Aku berlari bukan melarikan diri tetapi kerana jiwaku bebas pantas terlepas

Asyik asyik keinginan rakus menunjah neuron minda bersama signal synapse mengejut tiap anggota ; teruja

Namun sayang tulisan gembira aku terkurung dalam konkrit empat segi bersama duka
Melemaskan gagal untuk aku capai walau menyentuh hal sedikit.

Jika sudah ditakdirkan Tuhan aksara aku cuma kenal pada berduka izinkan aku membawa duka buat kamu ketawa

GusarWhere stories live. Discover now